Monday, December 27, 2010

Merindui Aliyah

Abah dah beberapa hari tak dapat tatap wajah aliyah. Abah kena tolong kem Jati Diri di Bangi. Aliyah dah naik ke 3.5 Kg dan kuning dah turun 11. kira dah tak bahaya.

Abah taip ni pun dalam keadaan penat sangat hari ni keluar jumpa dengan pak cik Faiz dengan Pak cik Ismail. Sembang pasal macam macam dari sarapan sampailah makan tengah hari.

Semoga Aliyah sehat dan cepat boleh balik Klang.

Sunday, December 12, 2010

Aliyah Khadijah nama diperoleh.

hari ini genap seminggu anak abah melihat dunia. Ujian masih bersama dengan kita. Pun begitu Anak Abah sudah ada nama. Aliyah merupakan sifat bagi jasad anak abah di mata Abah Khadijah pula suluk contoh yang abah idamkan menghiasi kehidupan Aliyah.

Mulanya abah mahukan Arkha Khadijah tetapi seakan canggung kata Arkha itu mahu dijadikan nama. Dan terlalu tinggi pekerti yang anaknda perlu capai. bukanlah tiada percaya abah pada kemampuan anaknda tapi biar;ah seimbang ada nyawa dan jasad pada nama itu seperti iman itu ruh amal itu jasadnya. Ruh dan Jasad bukanlah bagai suami dan Isteri ia ibarat 2 dalam 1 kadang kadang memang tiada terpisah langsung.

Maka telah putuslah Aliyah Khadijah oleh abah dan ummi. Tetapi tadi masa melawat abah dikhabarkan kuning Aliyah naik ke 15.5 kita cuba pula ubat homeopathy semalam ummi cakap Aliyah tak mau langsung diam di bawah cahaya biru.

Ummi pun dah mula rasa pedih pedih di perut kerana tak dapat baring abah dah belikan ummi pati haruan mudah-mudahan Allah sembuhkan kalian. Abah hanya mampu berdoa kerana ALlah jualah penyembuh.

Friday, December 10, 2010

Anak Abah Kuning.

hari ini anak abah dah berusia enam hari. Esok kita dapat nama la ye? Umi sedih sangat tengok anak abah duk bawah lampu pun dia nangis. Pastu Umi ada salah faham ngan tok wan plak. Abah tak kesah sangat masa ambil darah tadipun  abah yang pegang umi tak sanggup.

Anak abah kuat, nangis sikit saja. Lepas cek memang tinggi paras kuning 14.6 bagi orang umur 6 hari mmg paras tu tinggi, so doktor sarankan duduk wad. Abah nak kena balik SP juga malam ni ka esok pagi ka sebab nak buat sijil lahir dan berubat sakit abah ni. Tali pusat anak abah pun dah tanggal alhamdulillah.

Ingat tu tali pusat tanggal di Hospital Jitra. Lepas ni kita cerita lagi. 3 11 ptg 11 12 2010

Wednesday, December 8, 2010

Jadi Ayah

6 12 2010 lahirlah puteriku yang sulong jam 8 50 pagi. Bagaimanapun isteriku sudah masuk dalam wad bedah sejak 7;40 pagi lagi. Kerisauanku tamat setelah usai jam 11 pagi.

Keinginan melihat wajah anak kecilku dan debarannya terpaksa ku tahan sehinggalah jam 12 30 iaitu menanti dia siap diuruskan. birokrasi perubatan ini telah menghalang anak kecil itu diiqamahkan sebaik lahir ke dunia.dia terpaksa mendengar bunyi bunyi lain dahulu.

Aku menanti kelahirannya dalam tempoh ujian, kesibukan, kesakitan dan juga kepokaian. Apapun lahirnya ini pastilah rahmat yang sangat besar dari Allah. moga kesakitan ini satu kaffarah agar kami sama sama bersih untuk menerima kurniaan Allah.

Kulitnya merah kepalanya mirip aku jarinya kaki dan tangannya dia mmg bertubuh sepertiku, pada mula dilahirkan wajahnya mirip ibunya. kini sedang berubah rubah. Dialah cucu sulong ibu dan ayahku tetapi sebelah isteri dia yang ke tiga.

rupanya kegembiraan mendapat anak adalah kegembiraan yang sangat besar. lebih besar dari mendapat isteri. tak hairanlah anak sulong sangat dikasihi oleh ayah. Apalah perasaan ayah ayah yang anak sulong mereka biadap dan derhaka? Ya ALlah ampunkan dosaku , Semoga anak ini menjadi penyejuk mata dan hati. Semoga dia menjadi hamba Tuhan yang merdeka dari berhala zaman modern.