Sunday, December 11, 2011

dulu dan sebelum sebelum ini saya sering menceritakan atau bercerita tentang pelbagai hal di sini dan beberapa blog saya. Sekarang atau kini agak sukar untuk saya luahkan cerita yang ingin saya ceritakan walaupun kadang-kadang memang benar benar mahu bercerita.

Alhamdulillah semuanya baik dan lancar semuanya terurai. Tiada kekusutan saya yang terus membuntu. Melainkan terus mencari cari pendapatan yang lebih selesa. Inilah tandanya saya ini masih belum qana'ah erti syukur dan redha yang saya canangkan pada manusia baik dalam penulisan mahupun ceramah atau bualan belum menyerap ke dalam kehidupan saya. Tetapi saya akui jika saya merasakan saya bersyukur maka itulah tanda kesyukuran saya ini bukan yang dimaksudkan dalam kandungan ajaran Islam.

Baik kisah Aliyah. Aliyah kini sudah melepasi umur setahun. Sudah 12 bulan dan beberapa hari dia melihat dunia ini. Dia sudah memerhati ribuan manusia mungkin puluhan ribu. Dia memang seorang pemerhati yang baik. Dia kini sudah belajar untuk berdiri di atas kakinya. Giginya sudah hampir 6 batang. kenapa hampir? bukan 6... kerana yang ke enam itu baru menonjol di balik gusinya.

Aliyah semakin comel dan semakin manja. Dia sudah mahu bertudung di tempat yang dingin. Dia sudah mahu menilai nilai orang. peringkat awal dia mahu semua orang kemudian dia reject semua orang kini dia mula membuat pilihan ada yang diterima ada yang ditolak.

Ummu Aliyah sudah semakin sarat. sudah tidak boleh bergerak banyak nampaknya kali ini berbeza dengan Aliyah. Semoga Allah permudahkan untuk mereka berdua melalui detik detik bersama tanpa saya. ops bertiga.

ALBO atau Pak Lang sudah selamat kembali dari perantauan yang mencecah lebih atau kurang 3 tahun. Alhamdulillah keluarga begitu senang dengan kepulangannya yang membawa impian dan harapan baru. Apapun persediaan untuk berpisah dengan JrBO bakal menyusul. Mudahan Allah susun yang terbaik untuk adik adikku yang masih merantau agar pulang dengan ruh dakwah dan semangat pelajar yang sejati.

Keluarga lain di Sungai Petani semakin baik Tok Wan pun dah semakin tua dan keupayaannya semakin berkurang. Nak dukung dukung cicit pun dah tak larat (cicit pun bukan main semangat). Aliyah suka main dengan tok nek. Tok Nek pun geram dengan dia.

Sunday, October 16, 2011

Aliyah dan giginya.

Aliyah kini sudah berusia 10 bulan. Giginya sudah ada dua tunggul belum tumbuh penuh, satu di bawah satu lagi di atas. Sejak dia pindah tempat mengasuh ni memang banyak perbezaan yang dapat dilihat. Dia semakin tembam, semakin ramah (di rumah), semakin aktif dan yang jelas sekali semakin ceria.

Dalam masa ini abahnya sedikit kering dan kurang sihat, manakala tok wannya juga mengalami kemerosotan kesihatan. Insya Allah tahun depan Aliyah naik pangkat jadi kak Long.

Alhamdulillah Aliyah semakin membesar mudahan menjadi seorang anak yang solehah dan isteri yang baik.

Monday, September 26, 2011

Iman itu ada dua bahagian.

Dalam menghuraikan mengenai Iman ulama membahagikannya kepada dua pecahan besar iaitu sabar dan syukur. Dalam post kali ini sesuai rasanya saya cerita serba sedikit mengenai sabar. Sabar ini di ambil dari kalimah arab yang membawa makna menahan diri. Jadi menahan diri ini ulama bahagikan kepada tiga pecahan.

Pecahan pertama sabar dalam amal ibadat atau sabar dalam ketaatan. Di sini manusia ramai yang merasakan ia susah inilah yang menyebabkan mereka solat tetapi mereka masih bermaksiat. Mereka puasa tetapi mereka masih bersyahwat. Untuk terus menerus berada dalam ibadah dan taat kita kena menahan diri. Orang yang bersabar dalam ibadah tidak kisah akan ganjaran ibadah itu. Mereka fokus kepada menahan diri dari melihat ibadah itu selesai tanpa

kedua bersabar dalam maksiat, ini bukanlah bermakna ia redha dengan maksiat sekelilingnya, tetapi dia menahan dirinya dari terjebak ke dalam maksiat itu. Mereka yang bersabar ini bukan melihat sebesar mana dosa itu tetapi yang menahan mereka adalah pada siapa mereka berdosa.

ketiga bersabar dalam menerima qadha' dan qadar ketiga inilah kesabaran yang perlu diterapkan dalam setiap keadaan sekiranya kita diberi kurnia kita sabar dalam menjaga hak-hak orang lain padanya. seandainya kita diberi ujian kita perlu sabar dan tidak mempertikaikan hak Allah dalam menentukan kehidupan kita.

Friday, September 23, 2011

Aliyah dibuang sekolah.

Selalunya pelajar akan dibuang sekolah bila selalu ponteng atau melakukan kes berat. Bahkan ada yang tidak dibuang walau berkali-kali melanggar peraturan sekolah apalagi sekiranya dia anak orang berada dan belajar di sekolah swasta.

Tetapi ini selalunya berlaku di sekolah menengah dan sangat jarang terjadi pada pelajar sekolah rendah. Tetapi agak aneh apabila dibuang dari nursery. Kesian aliyah, sudah nasib badan redha jerlah.

Aliyah seronok aja sebenarnya yang pening umi ngan abah la.

Thursday, August 18, 2011

Ayahku...

Kalian masih ada ayah? Ya pasti ayah kalian istimewa. Tetapi keistimewaan ayahku ini berlainan mungkin. Aku ada ayah yang baik sebagai ayah, Ayahku selalu sakit masa aku masih kanak-kanak tetapi aku disekolahkan di sekolah agama sehingga seharipun aku tidak pernah mengenali suasana didikan sekular. Tetapi ayah lebih baik sebagai penas

ihat, walaupun nasihatnya tidak panjang macam ibu tapi kata-katanya cukup untuk aku jadikan perinsip hidup. bertambah-tambah baik sebagai pendengar, sebagai remaja aku tidak pernah melalui sesi kaunseling kerana ayahku inilah pendengar yang paling baik pernah aku miliki.


Kami juga rakan pena suatu masa kami saling berutus surat mencari kekuatan dalam surat-surat kami.Ayahku ini inspirasi mengasah bakat penulisanku. Walaupun ayahku ha

nya belajar di darjah enam tetapi buku bacaannya mengalahkan org PHD. Kemampuannya mengutip inti dari isi-isi itu pula sangat luas. Aku merasakan setiap suratnya tangkal semangat untuk aku terus menjadi diriku yang begini.

Kini kami ada hubungan lebih hebat. Kami adalah rakan kongsi medan dakwah.Cuma dakwahku adalah dakwah dengan lidah dan lebih umum. Manakala dakwah ayah dengan sikap dan peribadi dan lebih khusus. Ayahku berdakwah di kampung dan aku di jalanan. Selalu aku mengisi kekosongan yang disediakan ayahku untukku di kampung. Indah kiranya Allah terima amalan kami ini sebagai saham untuk kami ke Syurga. di sana kami akan menjadi jiran pula.


Monday, August 8, 2011

Bersederhana Dalam Ramadhan.

Alhamdulillah akhirnya Allah panjangkan juga usiaku untuk menempuhi ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini rumah sewa kami sedikit meriah dengan seorang baby yang berusia 8 bulan. Ya tak lain tak bukan Aliyah.

Namun beberapa hari awal sahaja abah sempat melayan kerenah Aliyah yang semakin melbihkan umminya dari abah. Mungkin kerana abah kerap berbuka di luar dan juga jarang bersamanya dengan jadual ramadhan yang agak padat dengan kerja terjemahan bagi Syeikh maher al Munajjid.

Alhamdulillah banyak ilmu dapat abah cedok dari "lautan ilmu'' yang Allah utus khas dari syria ini. Ramadhan kali ini abah dan Ummi Aliyah berbelanja dengan jimat dan cermat. Barang semakin mahal ekonomi keluarga juga kurang stabil dengan beberapa musibah kecil. Alhamdulillah Allah beri Abah Isteri yang sabar, yang sanggup berbuka dan bersahur dan berbuka dengan jaudah yang sama.

Walaupun tekak dah tak suka tapi kami tetap merasai bahagia dapat berbuka masih gembira macam orang lain berbuka. Kalau nak tengok di Somalia masya Allah besar nikmat kita sedang kecapi ini. Mudahan Allah permudahkan kehidupan seluruh umat Islam di dunia yang sedang bergolak. Alahmdulillah ada dermawan beri kurma yang sedap berkotak-kotak.

Janganlah dibayangkan kami sedang berbuka sambil menangis dan menghadap nasi berkuahkan air kosong. Kami masih makan makanan seimbang masih memikirkan makanan sunnah. Cuma kali ini makanan kami sekadar yang kami perlukan. selagi makanan kami tidak habis kami tidak akan menambah juadah baru.

Alhamdulillah mudahan suasana ini istiqamah sampailah kami mati dalam keadaan tidak israf.

Friday, July 1, 2011

safar ke Kuwait

1st day - Perjalanan dijangka bermula jam 7 50 malam di hantar ke KLIA oleh ustaz Jalil Armawan Bahri Saleh. Ketika sedang beratur kapal yang dijadualkan telah dilewatkan ke jam 10 malam. Saya bermusafir bersama Ustaz Abdul Rahim.

sampai jam 3;10 pagi waktu Kuwait . Waktu subuh dia 3;17 pagi syuruq 4;55. Zuhur 11;57 asar 3;56 maghrib 6;50 isya 8;17  panas juga kat sini bahkan berghubar macam lagi kuat dari Sudan.
Pantai Kuwait 

Sharq Kuwait

The Sultan Centre

Nadi Pantai Kuwait

Anak anak Ikan Kuwait

Suhu dia baru 40 c mana boleh banding dengan khartoum.

Patchi untuk hantaran kahwin... Tak yah singgah!

Pasar basah operasi dari 8-30 am hingga 10 pm.

Sampai Hotel jam 3;30 pagi siap diri solat rehat. 8 pagi sarapan menu: pancake, Madu, ayam fillet, buah dan yogurt. setakat ini di khabarkan makan pagi sahaja ditanggung makan malam dan tengah hari tanggung sendiri.

Jam 9;30 pagi keluar merayap kenal bandar alhamdulillah hotel dekat dengan pekan dan laut. laut "cun" bandar cantik tapi ada jugalah bangunan ala arab yang separuh siap atau separuh roboh.

Cuaca: view kurang baik sebab Ghubar( debu ) cuaca agak panas untuk orang Malaysia 40 c. Duit dia mahal harga barang standard kl. KD 1 sama dengan RM 11.7 pandai-pandailah berjimat. Orang ramai ramah ja. Tetapi orang kuwait sendiri belum dijumpai.

Ok setakat ini dahulu. esok kita cerita lagi salam.

Wednesday, April 27, 2011

Coach Volleyball


Tidak pernah ada dalam mimpi aku akan serius dalam sukan sehingga menjadi jurulatih apa apa peringkat. Inilah dikatakan suratan takdir.

Apapun biarlah diceritakan di sini, sebenarnya bukanlah seperti sangkaan warga SMIK di luar VT bahawa Ustaz Umar dan ustaz-ustaz lain mahukan kemenangan dalam tournament Volleyball daerah Klang. Tak lain tak bukan hanya ingin membuka ruang untuk anak-anak SMIK tampil dalam masyarakat sekaligus memperolehi merit baik dalam ko Kurikulum.

SMIK VT menyertai dua kategori 1Lelaki Bawah 18 dan 2 Lelaki Bawah 15. Alhamdulillah kedua-dua Team melepasi target iaitu tidak menjadi pasukan belasahan. B18 mendapat tempat ketiga peringkat kumpulan B15 mendapat tempat ketiga Daerah Klang.

Walaubagaimanapun itu semua hanyalah cerita luaran VT apa yang ada di dalamnya hanyalah tarbiyah dan juga matlamat-matlamat dakwah yang cuba diserukan di Medan Bola Tampar. Alhamdulillah walaupun baru belajar digging tapi Allah izinkan beberapa kemenangan.

Misi di peringkat sekolah kali ini adalah melahirkan pewaris atau pelapis. Alhamdulillah SMIK VT sudah wujud dengan redha semua warga SMIK. Semoga lepas ini SMIK FC pula akan berbuah.

Aliyah dan perangai Baru.





Semalam MakNgah Aliyah call. Tak sempat nak sembang panjang sebab Aliyah tengah duk buat perangai manakala maknya pula sedang memasak ada tetamu nak singgah.

Sekarang perangai baru Aliyah adalah nangis teran macam nak keluarkan sesuatu dari tekak. Sebelum ni nak dengar dia nangis memang kena tunggu dia terkejut masa tidoq. la ni tak lagi. Tengah-tengah duk bergelak mengekek pun dia boleh tukar tune menangis menjerit-jerit.



Kalau dulu cara nak diamkan dia abah ambil dukung-dukung lambung-lambung sikit oklah. tapi sekarang ni dia dah tukar gang. Umi plak kena dukung. Semalam tengah nangis bawa gi tempat dia nampak umi dia pun dah cukup. Betukar angin dia sekarang. Ringanlah abah hehehe. Semalam mak Long Ayu dia mari dari Putrajaya ngan Pak Long Bob kawan umi Aliyah masa di UNItI. Tak sabar nak tunggu Aliyah merangkak.

Sunday, April 24, 2011

Aliyah dan Train

Aliyah sudah dua minggu berturut-turut naik tren. Dari segi respons nampak mmg bakal kaki berjalanlaa. Aliyah mmg suka gi ronda-ronda mungkin dia bosan duk umah ja.

Abah dia tak sempat lagi nak ambil lesen kereta.duit nak  beli kereta pun takdak lagi. Kena cepat ni Aliyah seronok naik tren antara aktiviti dia adalah mengorat orang suruh sembang ngan dia. Dia memang suka crowd tak macam abah dia. Abah dia suka sunyi sunyi. Ikut Umi dia kot.

Minggu lepas dia naik train gi wangsa maju teman abah gi ceramah. Pastuh minggu ni pi Makan Kenduri Mak Lang Arah kawen. Seronok dia kena usung ngan Tok-tok sedara dia. Tok Lang dia tak dan nak melayan dia ramai sangat orang nak kena layan.

Minggu depan nak ke KL lagi gayanya. Nak gi PWTC kot tgk bookfair. Dia suka juga tgk buku. Cuma tak leh membaca lagi. Abah dia duk baca buku dia duk baca kulit buku. bersembur sembur air liur dia membaca macam orang menjampi dah gayanya.

Abah harap Aliyah akan belajar jauh-jauh macam abah. Tapi kenalah pujuk Ummi hehehe.

Tuesday, April 12, 2011

Aliyah dah boleh meniarap


Umur Aliyah dah 4 bulan lebih. Dia dah melonjak ke atas secara senget-senget beberapa minggu lalu semalam barulah dia berjaya menelangkupkan badannya sendiri secara total setelah hampir sebulan berusaha.

Aliyah Khadijah semakin manja dan merap. Ummi dia la ni takleh buat banyak kerja kalau abah tak ada di rumah. Sebab memang tak dibenarkan oleh aliyah. Paling lama pun boleh tahan 5 minit duk seorang. Dia punya volume pun dah semakin mantap. Tambahan dia boleh bertukar mood sekelip mata. Tengah duk gelak mengekek boleh jadi menangis teresak. Kadang-kadang sebaliknya. Tapi kalau ada orang keempat dia memang sangat solehah.

Senyum dia dah penuh sekarang dulu senyum sebelah ja. Maha Suci Allah yang menciptakan manusia. Banyak yang Abah pelajari tentang perkembangan manusia dari Aliyah Khadijah.

Monday, April 11, 2011

Sampaikan Pada Dia...


Mungkin dikau angin yang bercerita,
mungkin juga dikau serangga yang membisik,
mungkin pula kau burung yang menyinggah.

Siapapun kamu, apa apa jua,
pintaku, sampaikanlah padanya
sampaikan ke lubuk hatinya yang paling dalam,
biar putus suaramu atau parau.

Katakan aku sedari awal,
sehingga kini, bahkan sampai bilapun,
pasti dengan segala ruang yakin, jitu seluruh kalbu.

Sangat menyintainya... tetapi aku bisu.
Aku hanya faham bahasa kelu.
Sebelum kau pergi katakan juga kupintakan maaf.

Sunday, March 6, 2011

Tok Nin sudah tiada.

Barangsiapa yang mengenali dia pasti tiada apa yang buruk ingin diceritakan melain kan fitnah liar yang ditiup dikampung. Orangnya hitam manis, kurus dan selalu mengukir senyum. Hatinya jernih kerana apa yang dirasa akan dikongsi baik marah, suka, kurang faham, atau prasangka. sejak balik aku selalu juga meluangkan masa untuk mendengar dan juga menziarahinya.

Kematiannya adalah kematian yang dia sendiri nanti nantikan. Sejak aku masih di Sudan dia menyebut ttg kematiannya. Sekembalinya aku dia sambut dengan peluk cium. Dia sangat gembira di hari perkahwinanku. Dia bahagia kadangkala aku rasakan dia lebih bahagia dari kami. Tetapi semua ini tidakku sedari melainkan setelah dia pergi. Masih ingat ketika dia menyambut Aliyah sebaik kami tiba sampaikan aku tidak sempat menyalaminya. '' Huduhnya cicit nek ni!" itulah ayat pertamanya . Berkali kali dia menyebut ingatkan tak dan jumpa dah. Pada masa itu aku sudah biasa dengan ayat itu. Ya sejak bertahun, itulah ayat di bibirnya denganku.

Dia mati tanpa harta melainkan beberapa ratus ringgit yang telah diagihkannya kepada anak-anak perempuannya yang dekat. Tiada tanah untuk direbutkan tiada barang kemas yang boleh digadaikan. Dia habis umur dengan ungkapan La Ilaaha Illa Allahu. Dia minta untuk mati di rumah tetapi Allah megambilnya di hospital. Dari rumah Pak Long Pak Su bawa ke rumah Ayah lantas di tahan di wad. Sakitnya pada jantung yang sejak 75 tahun tiada masalah.

Alhamdulillah pengebumiannya lancar dan jenazahnya disolatkan oleh ramai lelaki yang mengenali ataupun tidak. Kebetulan yang disusun oleh Allah semasa menyolatkan jenazahnya orang tengah berkumpul untuk akad nikah dan yang terbaik mereka ini bermazhab hanafi yang sangat pentingkan solat dan terutamanya masalah solat jenazah. Ada di kalangan mereka yang turut mengebumikan jenazah inilah rezekinya. Husnul Khatimah. Tiada kenduri Arwah di rumahnya. Tiada tahlil berturut-turut. Anak-anak kesayangnannya tidak bermurung kerana mereka telah redha telah yakin dia lebih bahagia di alam barzakh seterusnya  akhirat. Dia memelihara 3 anak perempuan yang selamat dari dosa besar sampai dia tiada. Dia mentaati suami dalam hal yang dia suka atau dia duka.

Dialah isteri terbaik yang pernah aku kenali. Sangat sempurna layanannya pada t0k wan. kini yang tinggal hanyalah kenangan Tidak pernah tok wan bercerita ttg zaman mudanya selain setelah kematian tok Nin. Tokwan cerita tentang nenek moyang kami. Tokwan cerita tentang zaman jepun, komunis , british. Tokwan sangat merasakan kehilangan isterinya. Pilu pada melihat tokwan bermenung lebih dalam dari pilu menyambut tok Nin dalam liang kubur semalam. Akulah waris tunggul yang mengiringinya sampai ke dalam liang. Dia menanti aku untuk kembali sehinggalah aku yang diberi kekuatan oleh Allah untuk mengiringnya sampai terakhir. Aku yang terakhir mencium dahi, hidung dan dagunya. Aku menahan tangis sehingga saat ini. Aku benar benar redha akan kematian ini.

Yakinlah adik-adikku tok kita orang yang baik tidak pernah syirik pada Allah, tiada hasad dalam jiwanya, tiada harta orang diambilnya bahkan hartanya juga diambil orang. Kalaulah bercerita tentang rahmahnya pada binatang cukuplah kisah dia membela ayam dan bersembang dengan mereka. berleter kepada mereka mengajar mereka makan baik baik, jangan merampas atau mencuri hak orang. Sayang dia pada anak cucu sangat dalam.

Ketika tok masih hidup dia selalu bercerita dan mendoakan kebahagiaan kita. kini dia telah pergi meninggalkan seorang suami dua anaknya sebagai janda, seorang anak perempuan dan 4 lelaki serta hampir 50 cucu dan cicit.

Sunday, February 27, 2011

Aliyah Khadijah dan 4 perkataan.

Aliyah Khadijah: semakin besar , semakin manja.

Wednesday, February 16, 2011

Penyampaian pertama

Selasa lepas abah menjadi panel untuk forum perdana Rasul didekati sunnahnya diikuti di Bukit Lanchong Shah Alam.Alhamdulillah program berjalan lancar.

Inilah program pertama abah yang Aliyah sertai. Mudahan nanti Aliyah akan sentiasa bersama abah dalam jalan jalan cari mad'u.

Sunday, January 23, 2011

Zahzah Fly ke Sudan dgn Qatar

Adikku yang keempat telah terbang meninggalkan dunia leterannya ke dunia kena berleter dengan makcik yang menanti di sudan, kini keturunan Osman Murad kembali menjadi three musketeers di sana.

Apapun pastikan kuasai ilmu at least bahasa arab baru pulang. Kalau balik bawa sijil kosong pun boleh ja. tapi kalau kena soal tak boleh jawab jangan salahkan Sudan. Ilmu bukan untuk ditayang di dinding atau ditunjuk dalam soal jawab tapi lmu perlu dihadam dan dibawa dalam amalan.

Hiduplah sebagai pelajar sampai mati jangan sijil tertinggi menjadi halangan meneruskan title mulia seorang pelajar ilmu. Sekian nasihat.