Wednesday, December 16, 2009

5 Tahun 5 Bulan

 ehehe dah kembali ke alam remaja plak baca novel remaja. Tapi best Hlovate ni dia pandai bercerita. Macam cerita betul dan ada sikit sikit watak cem aku dalam novel dia tu. Masa tgh gila-gila remaja dulu laa. Sekarang dah dewasa kot. Suka sangat watak apeh walapun dia hanya watak tempelan.


Watak utama dia sangat best dengan sedikit masalah psiko macam seseorang yang aku kenal.Bukan seorang kot 2 orang hehe. Apapun watak dalam ni semua baik takdak orang jahat ni satu perbahan baik dalam pembacaan aku melalui novel mlayu. Kalau orang nak letak novel ni sebagai ovel pop aku rasa novel ni novel underground. Novel jiwa penulis bukan novel cari makan sangat.


apapun thumbs up laa dia ada feel ada nasihat ada pengalaman sedikit panduan hidup seolah jiwa penulis wujud dalam watak utama. Saya tak kenal pon Hlovate tapi rasa macam dia tuh ala ala watak Johanna. huhu memandai ja.

Friday, December 4, 2009

Apa psikologi dan kenapa perlu?

Ilmu jiwa atau psikology merupakan lapangan Ilmu yang luas dan bebas. Ilmu jiwa adalah pengamatan dan melibatkan sikap serta tingkah laku. Selain mengamati suluk manusia ilmu ini juga terdapat dalam kitab Allah al Quran. Psikologi merupakan keilmuan sejak zaman lalu tetapi disandarkan kepada ibnu rusyd sebagai pengasas Psikologi menyeluruh. Mengenai pengasasan Ilmu ini pastilah ada beberapa pengakuan. Barat meletakkan ilmuwan greek sebagai pelopor manakala timur menaikkan nama Ibnu rusyd.

Siapapun sebenarnya pengasas ilmu ini Islam memandang ianya sebagai keperluan. Sesetengah manusia yang menguasai ilmu ini menggunakannya untuk keuntungan dunia setengahnya lagi untuk kerosakkan. Tetapi sebenarnya ilmu ini keperluan dakwah. Ilmu ini juga sangat rapat dengan dakwah kerana subjeknya sama iaitu peribadi manusia. kenapa perlu kepada psikologi dalam dakwah?

Manusia sejenis makhluk yang rumit complicated dan kompleks. Manusia ada emosi ada minda dan ada juga naluri. semuanya dalam jasad yang berbentuk manusia. Untuk mengubah manusia itu perlu kepada memahaminya. Inilah perbahasan psikologi memahami manusia dan mewujudkan jenis manusia. jenis-jenis manusia sudah wujud tetapi pembentukan kelompok itu yang di uruskan dalam ilmu ini. Jadi daie atau pendakwah yang mengambil tahu mengenai hal ini akan mengelaskan mad'u atau pengikut kepada beberapa kumpulan untuk mengkhususkan kerja dakwah sebagaimana yang akan digunakan.

Jadi psikologi mampu membantu dalam mempercepatkan perubahan dan juga mengemaskan gerak kerja dakwah. Ini sangat dituntut dalam kerja-kerja Islam.

Friday, November 20, 2009

Port Sudan

Tiba-tiba resah ini bergelora,
ombak datang dari mana-mana.
Aku terapung dipukul badai,
resah,sesak dan hampir putus asa.

Tiba-tiba gelora itu membawaku
ke laut tenang,
warasku kembali membina azam.

Bayu memuput iman adanya Tuhan.
Tanah tenang ini terbentang.
Kini aku kembali ke tengah gelanggang.
Pulang dari jalan panjang.

Aku berjumpa sinar di Port Sudan.
Sinar harapan semalam.

Siddiq Osman.

Friday, October 16, 2009

Hikmah Ilahi

Aku mulakan dengan kata KASIH. Kasih ini adakalanya nikmat, kadang-kadang amanah, sesekali jadi beban dan boleh pula jadi peluang. Inilah Hikmah Ilahi yang selalu kita lupa. Kita kadangkala rasa kitalah paling kasihkan seseorang itu bahkan lebih dahsyat kita merasakan kita lebih kasihkan dia berganda dari dia kasihkan kita dengan hanya kerana kita menzahirkan rasa kasih itu lebih banyak dari dia. Ini satu ketidak adilan. Cuba kita lihat kita selalu sebut dalam doa kita sujud dan solat kita kata-kata cinta, setia, rayu dan harap dicintai Tuhan. Apakah itu menunjukkan kita lebih kasihkan Tuhan dari Tuhan kasihkan kita? Pastinya tidak masakan kasih sayang kita melampaui kasih sayang Tuhan yang maha luas itu? Tuhan mengasihi kita dengan berbagai cara. Bahkan Nabi makhluk yang paling Tuhan kasih dikenakan penyakit, pernah diuji dengan sihir dan banyak lagi ujian lain. Tetapi untuk diganjari dengan lebih lagi.

Begitu juga kita perlu menerima hakikat Hikmah Ilahi ini dalam kasih sayang sesama makhluk. Jangan kerana kita lebih kerap membeli hadiah kepada orang yang kita kasihi kita merasakan kita lebih mengasihinya. Kita perlu sedar bahawa jika terlintas itu di hati kita, kita sudah bersangka buruk padanya. Kita sudah gugur dari selemah-lemah ukhuwah iaitu berlapang dada dengan saudaranya. Inilah Hikmah Ilahi dalam mengangkat ibadah hati lebih tinggi dari Ibadah lain. Hati ini rahsia dan sesuatu yang berada dalam rahsia pasti lebih berharga sekalipun ukurannya lebih kecil.

Kedua mari saya mulakan dengan sakit. Kita selalu melihat sakit dengan pandangan dunia. Sakit kita balut kalimah itu dengan segala sifat kekurangan sedangkan di sana mungkin Allah lindungkan kasihNya atau Dia jadikan pintu untuk kasih hamba-hambaNya. Agar kita lihat siapa yang kasihkan kita keranaNya atau siapa yang kasihkan kita kerana kita. Sakit juga mungkin diutuskan sebagai guru atau penasihat agar kita kembali kepada Allah dalam ubudiah dan kehidupan kita. Sakit bukan sahaja bala ia juga nikmat dan rahmat. Ini tanda Allah itu maha Hikmah tapi kita yang jahil ini selalu menyalah ertikannya kerana lemahnya Iman di dalam hati kerana hati kita tidak terkandung rahsia-rahsia kita dengan Tuhan.

Sebelum saya tutup topik ini mari kita lihat Hikmah Ilahi dalam aspek kegagalan atau kesulitan. Kita selalu salahkan takdir atas apa yang menimpa kita. Kadang-kadang kita salahkan pihak ketiga. Kita perlu sedar Allah mahukan kepada kita kesenangan dan bukan kesusahan. Tetapi kita melihat serong kepada penyusunan Allah. Bila kita ditimpa kesusahan kita melatah menyalahkan Pencipta yang Maha Penyayang sedangkan di sebalik itu Allah mahu kita belajar sesuatu atau beroleh sesuatu. Kesusahan itu menjadikan kita bermuhasabah kenapa Allah menyekat jalan kita. Sehinggalah kita dapat merawatnya dan mudah-mudahan kita menjumpai keredhaan Allah sebelum Allah mudahkan kita. Jadi dengan keimanan sahajalah kita dapat melihat Hikmah Ilahi bukan dengan kanta lain. Berhentilah kita menyalahkan pihak kedua iaitu Pencipta atau pihak ketiga iaitu makhluk lain tetapi periksalah diri kita kerana inilah ciri seorang yang beriman bahawa Allah sentiasa bersifat Rahmah dan Alam ini diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Jangan jadi seperti anak nakal yang didenda agar sedar kesalahannya dan berubah lantas memarahi gurunya dan memberontak sehingga masa hadapannya dirosakkan oleh dirinya sendiri.

Selamat menjadi Mukmin wahai diri! Hikmah Ilahi ada dalam muhasabah diri.

Thursday, May 14, 2009

Ummi, Kau pergi jua...

Aku kira sudah 4 tahun kami tidak bersua. Lama kan? 4 tahun ini bukanlah akan berubah menjadi lebih singkat kerana hari ini perpisahan sebenar berlaku. Jika sebelum ini anak-anak Ummi pergi meninggalkan ummi tapi hari ini ummi pergi meninggalkan kita.

Ummi namapun seperti gelaran pada ibu. Ibuku menyayangi ummi dan merestui kami adik beradik menggelarnya Ummi. Aduh, Ummi rupanya kami sangat rapat denganmu. Dikau antara yang tersenarai dalam menerima panggilan international dariku. Kenapa ya Ummi? bagaimana kita boleh menjadi sangat dekat? Bagaimana bisa aku merasai lagi masakanmu yang paling digemari Ustaz. Dulu aku tak makan ikan masak asam pedas. Tapi untuk menjaga hatimu aku menyedari masakan itu sungguh sedap.

Ummi kau ajarku berbahasa dengan baik. Aku menjadi minat pada bahasa dan sastera juga kerana asuhanmu. Ummi sungguh sudah sepuluh tahun aku tidak mendengar letermu sehingga aku merinduinya. Aku teringat tika aku dan Ayie dilempang walaupun sakit, Ya sangat sakit. Tapi dalam sakit itu aku merasai manisnya rendang kasihmu. Ummi aku bangun mendoakan agar Allah sembuhkan penyakitmu di tengah malam. Tetapi aku tidak merasakan kerisauan seperti yang selalu berlaku bila orang hampir denganku sakit. Apakah umi benar benar telah sedia bertemu Rab? aku yakin tempatmu di Syurga. Kerana ramai anak didikmu menjadi pejuang agama.

Abang-abangku. Ya mereka mampu menambah kebaikan pada timbangan amal ummi. Mereka memang anak didik yang soleh. Ummi, pernah sekali engkau mengamuk. Mengusir orang yang menganiayakan kami dari sini. Sungguh di situ jelas garangmu tetapi aku merasa kau sungguh sayangkan kami. Ummi selamat jalan. Ummi Selamatlah kau di Sana. Ya Allah sesungguhnya kasih sayangMu melebihi segalanya. Kau Ampunkan ummi kami dan kasihilah dia sepertimana dia mengasihi kami semuanya.

Kita jumpa lagi ya Ummi.

Saturday, May 2, 2009

Kolej yang bernama Keluarga

Seingat aku mula mula aku kenal sekolah semasa umurku 5 tahun ketika aku memasuki taski taman orkid. Tetapi sebenarnya sekolah kehidupan itulah yang sebenarnya kita lalui tanpa sedar dan faham sepenuhnya. Sebelum aku dimenengah sekolahkan di perlis aku sebenarnya telah disekolahkan dalam sekolah ekonomi dan masakan oleh ibubapaku di Taman Ria. Sebagai penjual cucur Udang. Aku belajar bagaimana menggoreng cucur Udang. Bagaimana mahu meletakkan udang di tengah-tengah cucur bagaimana mahu melekangkan cucur dari senduknya.

Setelah itu sekolah keluargaku dikembangkan dengan kelas roti canai subjeknya bertambah, dari membeli bahan, menguli tepung, membolakan tepung, menyapu margerin, menebar sehinggalah menggoreng dan membukus roti. Ini semua aku pelajari secara terpaksa dan terdesak. Setelah itu sekali lagi kolej keluarga mengembangkan fakultinya ke perniagaan yang lebih besar.

Kedai Runcit menyediakan beberapa subjek teori yang diajarkan oleh pensyarah kesayangan kolej kami Encik Osman Murad. Antaranya dalam kelas peket memeket dia selalu mengajarkan biar lebih sedikit kerana untung kurang lebih baik dari untung haram. Selain itu juga kami belajar mengenali banyak perkara. Mengenali barang-barang mengenali nilai barang dan mengenali kenapa kedai melayu tidak pergi jauh.

Setelah tumbuh supermarket bagai menggila di Malaysia Kelas kami beralih ke perniagaan perabot terpakai, di sana aku belajar mengenal kayu dan menilai barang. Selain menjual kami juga membeli barangan. Di sinilah aku belajar tawar menawar dan memujuk pelanggan agar mengambil sesuatu sebelum meninggalkan kedai kami. Aku bertambah guru di sini Antaranya Encik Faizul Abdullah, Encik Sallehuddin Shuib, Encik Mohammad Asri dan juga encik Ismail. Setelah hampir aku menguasai pembaik pulihan perabot kami menambah mata pelajaran Baju terpakai. Madah ini lebih menarik kerana pada mulanya aku kira ilmu ini tiada gunanya. Tetapi setelah bermasyarakat dengan dunia pakaian rupanya di sana ada bermacam pengetahuan yang baru.

Setelah umurku 19  Tahun aku meninggalkan Malaysia dan sekolah keluarga yang sangat aku cintai. Kini aku bersama sekolah lain yang mengajar aku banyak kemahiran-kemahiran baru. Sekolah yang bernama persatuan.

Thursday, April 2, 2009

Angan-angan yang belum tercapai.

Aku dulu masa kecik kuat berangan. Macam macam aku berangan. mungkin sebab aku ni kuat sangat tengok TV. Aku kalau tgk tv ke baca buku ke time tu kalau aku kagum aku mesti nak jadi macam tuh. Tapi aku rasa aku tak terpengaruh nak jadi gaban ke suria perkasa hitam ke walaupun aku tak miss citer tuh masa kecik2 dulu.

Lepas dah besar sikit dah pandai baca banyak sikit mak ayah aku sumbat otak aku dengan buku buku sirah nabi. Masa tu aku boleh-boleh nak jadi macam saidina Umar sebab nama kami ada sama. Dah lama lepas tu aku bertukar cita-cita nak jadi pelukis sebab kenal ngan abg Abu Zar dia ni jiran lama aku yang datang tido umah sebab nak ke MATRI sekolah aku. Dia mmg orang seni dia ajar aku melukis pakai crayon masa tu.

Dah lepas berangan nak jadi pelukis aku kecewa sebab tangan tak lembut lembut. Aku mula minat baca sajak. Nih semua cik Dayang laa ni dia suka suruh aku bacakan lirik nasyid dalam nada mendeklemasikan sajak. Mungkin sebab suara aku tak sedap kot bila nyanyi. Aku rasa kawan kawan aku semua sokong pengakuan aku kali ini tambah-tambah ayie. Masa ni aku belum pandai lagi nak buat sajak so nasyid nasyid nada murni la jadi sajak sajak aku. Tapi oleh kerana penyajak tak berapa glamour cita cita nih lenyap cemtuh jer. Terpendam tanpa cuka.

Bila dah besar akupun dah masuk sek men. Aku bercita-cita nak jadi Atlit. masa tuh aku paling minat speed 100M tapi oleh kerana madet tak pernah perasan bakat aku aku simpan jer hasrat aku tuh jadi hobi dan pelepas tensen.

Setelah itu aku sibuk ngan sukan padang siap masuk pemilihan tapi bila tengok kena timbang bola a k a Juggling mmg aku failed. Sudah tu aku nak plak main bola tampar tapi cemana ntah aku tak juga terpilih. Pada mulanya aku mmg salahkan monokularisme aku ni. Setelah aku sedar apa hak aku dan tanggungjawab aku sebenarnya barulah berhenti merungut.

Selepas aku amik SPM aku ingat aku nak jadi akauntan. Tapi pk2 balik aku tukar plan nak study arablah sebab aku nak pegi timur tengah macam abg abg senior aku. so aku masuk kelas khas amik STAM. bila belajar Semua dalam B Arab aku rasa aku ada advantage berbanding orang lain dalam kelas. Aku study relaks jer berbanding ngan kawan kawan yang hebat hebat derang cuak sungguh setiap malam macam malam exam kecuali gang belah kiri setiap malam adalah holiday.

Setelah aku selesai Sijil Sekolah dengan kurang memuaskan aku amik keputusan nak ke over c sebagai penerjun bebas. akibatnya aku ke Sudan dengan cita cita atau slogan belajar untuk belajar. Aku tak kesah apa jua halangan aku akan belajar sampai bila bila. Sehinggalah hari ini aku tak berhenti belajar. Sekolah aku adalah kehidupan. Buku aku adalah pengalaman. Notaku adalah hari-hari yang berlalu. Sijil yang aku kejar adalah kemahiran.

Aku rasa angan-anganku yang belum tercapai adalah menjadi anak yang berjasa. kemudian Suami yang bertanggungjawab seterusnya ayah yang penyayang. Ya ALLAH jadikanlah aku hambaMu semalam, hari ini dan esok.

Tuesday, March 31, 2009

Makan Ikan kELI

HEHEHE sEMALAM aku cakap pasal gawat hari nih nak citer pasal nikmat plak. Seperti biasa Hari Isnin hari aku menyediakan menu di dapur. So pagi tadi adik aku pergi beli ikan keli untuk dimasak.

Setelah bangun dari tido aku mandi n selesaikan apa yang patut kemudian aku membasuh ikan keli yang seberat sekilo untuk dimasak sambal ikan keli. sambal ikan keli mmg sedap kena pulak masuk ngan kubis masak lemak. fuh terangkat.

ALamak ... nasi tak cukup. oklah nak masak nasik plak.

Monday, March 30, 2009

rezeki.

Sebenarnya rezeki merupakan takdir yang telah Allah tetapkan pada hambaNya. Namun Rezeki bukanlah sesuatu yang dapat kita duga. Mungkin hari ini kita ada juta-juta ringgit atau rupiah atau apa apa matawang. Allah boleh gandakan dan lenyapkan bila bila saja.

Jadi orang yang bertawakkal sahaja akan tenang dan tidak pening kepala memikirkan rezekinya walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi.

Sebenarnya aku tengah gawat. hehehehe. Mujurlah aku orang Islam kalau tak mau serabai kepala ni nak pk macam mana nak cari duit n nak hidup. Sekali lagi aku nak ajak korang berasa best jadi Muslim.

Saturday, March 7, 2009

AKu rasakan awal tahun ini sangat sia-sia.

Entahlah mungkin inilah yang dinamakan futur. Down atau dalam keadaan lembam. macam macam Istilah boleh  digunakan. Sebabnya ?

1 tak boleh balik mesia lagi.
2.Kena tangguh kawen.
3. menganggur
4.dah bosan duk sudan.
5.RAsa useless pada diri keluarga dan kawan kawan.

Aku bukan orang begini. Aku selalunya penuh dengan rencana untuk dilaksanakan. Tapi kali ini ketika ini aku hanya jadi pemalas yang hidup macam orang tak ada halatuju. Aku sekadar buat yang wajib je. Tanggungjawab sebagai Muslim seolah beku. sekadar Ibadah khusus jer. Aku semakin lemah. Ruhku semakin malap. Aku perlu pulang untuk menyedut cahaya gemilang.Atau aku perlukeluar dari Sudan untuk capaisesuatu yang baru. Tapi aku tgh pokai. Mahu meminta dari keluarga Aku anaksulung darikeluarga yang lepas-lepasjer. Bukan sikit tanggungan keluarga yang ayah dan ibu kena tanggung. Aku puladah tua. Lagirasa tak berguna kalau ayah aku masih perlu menanggung makan pakai aku. Tidak.

Aku tahu kalau ayah baca ini diapastiakan ikhtiarkan duit untukku. Atau apa-apayang dia mampu. Tetapi aku dah tak layak untuk itu. Adik-adikku masih kecil. mereka lagi berhak. Bahkan sepatutnya usia aku ini adalah usia berbakti padaorang tua. Sudah masa untukaku ambil tanggung jawab jaga keluarga. Masa mereka untuk kumpul bekal ke syurga. Setiap kali aku terfikir aku makin merasa diri takberguna. Penting diri dan seorang anak yang gagal.

Ampunkanlah diri ini mak ayah. Tuhan aku hambaMu yang lemah. Tolonglah aku.

Tuesday, February 3, 2009

bakal pulang.

sekarang aku sedang menguruskan kepulanganku ke pangkuan tanah aiir dan semestinya keluarga tersayang. Mak dan Ayah yang sejak sekian lama mendoakanku kini sedang menyemai rindu untuk menyambut kepulanganku. Aduh sungguh perit rasa ingin pulang kali ini menyesah sanubari.

Aku dalam dilemma kerana kali ini aku bakal pulang tanpa sebarang duit dalam poket bahkan mungkin berhutang pula. Aduh bukankah aku mahasiswa yang suka berdikari dan gah dengan hidup atas kaki sendiri? Tuhan tiada siapapun yang mampu bernafas tanpa inayahMu. Aku yakin aku bukan bermegah tapi inilah penyerahan hati ku pada Ilah yang selalu aku mohon bantuan dan harapan. Inilah haluan pilihanku hidup tanpa insuran habiskan apa yang perlu kemudian berinfaq semasa ada. Aku yakin Rab yang jadikan rezeki akan susun kepulanganku ke tanah air.

Aku pulang mungkin dengan sijil mungkin juga belum bersijil. Apapun sijil itu akan aku dapatkan kemudian. Insya Allah.

Kali ini aku dipilih ke Jordan tetapi aku masih belum mampu memutuskan kepastian akan hadir atau tidak kerana urusan masih di awangan. Aduh Sudan sungguh menguji kesabaran perantau. Ya rabb mudahkanlah.

Kali ini aku berurusan tanpa caci maki di pintu kaunter walaupun hati membara namun kedewasaan sedang menjalar naluriku dan melitupi keremajaan dan barannya. Rupanya begini lebih rehat dari biar api marah membakar jiwa. mengekang marah lebih merehatkan.

Aduh aku ingin sangat untuk pulang.

Wednesday, January 7, 2009

Mampukah aku menjadi bahu yang dibasahi air mata.

sedang Ghazzah bersedih di bom sahabat terdekatku juga ditimpa berit sedih. Pagi itu aku baring disebelahnya, tiba-tiba handfonnya berbunyi menandakan sms masuk. Dia bermalasan membaca pesanan ringkas itu. Lantas dia bangun duduk. mukanya berubah. Dia keluar dari bilik menuju ruang tamu. Aku dengar dia berbual di telefon.

Aku kembali ke bantal. setelah agak lama dia belum kembali ke bilik aku menjenguk, dia masih bercakap di telefon, wajahnya kelat. Aku mengejutkan anak-anak abang Rosnan. Tidak di endahkan. Aku kembali ke katil. Kemudian sahabat aku datang memberitahuku ayahnya telah tiada. Aku kelu tidak tahu apa yang wajar dikatakan. Aku masuk bilik air mengambil wudhu' sambil memberi saranan agar kami mendirikan solat ghaib dia menuruti. Kami solat diimamkan olehnya. Setelah itu aku yang sememangnya tidak pandai memujuk menyarankan agar kami menghadiahkan surah Yasin. setelah tilawah aku lihat dia kembali tenang.

Aku masih bingung apa yang perlu aku lakukan. Sehingga hari ini aku berfikir apakah yang sepatutnya aku lakukan jika peristiwa ini berulang pada ketika lain. Kami hanya berdua ketika itu. Ya Allah jadikan bahu aku ini selesa pada mereka yang berduka.