Tuesday, May 29, 2012

shah Alam - Padang besar

Hampir 3 bulan saya memulakan perniagaan beg yang diambil di Padang Besar dan dijual di Shah Alam. kali ini saya melakukan nekad apabila memborong sekitar 50 biji beg untuk dibawa ke shah Alam. dengan bakul dan juga toto untuk kanak kanak sasaran saya habis di jual dalam julai.. doakan ya..

Mudahan inilah punca rezeki yang lebih luas untuk kami sekeluarga/

Berkelana

Dalam sejarah perkara pertama adalah suatu yang penting. Sejak aku menjelajah kedah selangor selangor kedah ni, baru baru inilah pertama kali diberi kesempatan membawa ayah dan emak dalam musafir yang panjang.

kami bertolak dari bukit naga jam 11 malam lebih dan menuju ke Sg Petani alhamdulillah perjalanan lancar dan kami selamat sampai jam 4 48 pagi waktu malaysia. Setelah itu agak hampir tengah hari sekitar 11 28 pagi aku dan adik-adik lelakiku ke Padang Besar ini juga pertama kali untuk kami bertiga hanya kami berkelana sekali. Jam 6 petang kami di Gurun pertama kali sejak balik dari Sudan aku berjumpa dengan Mohd Fitri Hashim yang pernah berkhidmat di bawah Mercy Malaysia semasa di Sudan dahulu.

pukul 7 tiba di Sg petani dengan selamat alhamdulillah. Jam 11 malam pertama kali sekali lagi aku hanya berdua dengan adik lelaki bongsuku pulang ke Shah Alam.  Inilah kelana paling bersejarah untukku pada tahun ini.
Terima Kasih Allah kerana mengurniakan aku kenderaan yang sangat sederhana dan baik sekali Terima kasih Ya Allah.

Monday, May 14, 2012

Aiesyah Zuhairah dapat nama hilang tali pusat.

Aiesyah Zuhairah my 2nd babygurl dah berumur 5 hari. semalam dia dapat nama dan lekang tali pusat. Anak abah dua dua tengah tidur. Anak kedua ini bakal mendapat lebih kasih sayang nampaknya. sebab kakak dia sayang sungguh dengan adik kecilnya. kejap-kejap nak cium adik.

Rambut lebat berat 3.7 lesung pipit kiri kanan tinggi 50 cm kulit kuning kemerah-merahan(sebab tu kasi nama aiesyah. Lahir pada 10 Mei 2012 jam 2 40 ptg.(sebab tu dia zuhairah). makan kuat macam kakaknya.

Thursday, May 10, 2012

Aliyah dapat adik...

semalam atau disebut juga pagi tadi jam 1.10 am. saya membawa isteri mendaftar di Hospital serdang. Alhamdulillah kami diterima masuk dalam keadaan air ketuban isteri saya sudah pecah.

Pukul 4 pagi Isteri saya keluar menemui saya menyatakan pintu rahim sudah terbuka 3 cm. Pukul 945 kami masuk labour room. Sedikit debaran kerana dr beresedia untuk menjalankan pembedahan sekiranya kelahiran biasa gagal dilakukan pada 12 jam hingga 15 jam menunggu.

Setelah 4 jam menanti Isteri saya mula mengeluh tidak tahan menanggung sakit. Kadang kadang sampai terlelap. selepas 15 minit kesakitannya tak tertahan sehingga dia mahu melahirkan. Nurse membuat pemeriksaan sebelum pemeriksaan doktor yang akan dijadualkan 15 minit lagi. Alhamdulillah Nurse sudah mampu melihat kepala baby.

Dr datang sekadar memastikan dan bersedia untuk melahirkan. Isteri saya kuat dalam lemah dan lemah dalam kuat. Kami hanya bertungkus lumus menjadi pasukan sorak. Mereka menuruti slogan saya. Bismillahi Allahu akbar. ditukar dari satu, dua push... Alhamdulillah setelah hampir 15 kali proses pushing kepala bayi tersembul keluar . Rambut hitam dan kulit kebiruan kerana terbelit tali pusat.

Alhamdulillah melihat bayi, tenaga yang kelam dari isteri saya kembali menyinar. Bayi dipeluk rebond katanya. matanya sudah meliar memerhati saya mengiqamahkannya. mata hitam yang besar. Anak keduaku anugerah ilahi. Siapalah yang akan mendidik anak ini andai Allah enggan memberinya hidayah. Pastilah Allah akan menjadikan dia generasi yang baik kerana lahirnya dia dipenuhi kalimah zikir.

Aliyah kini bergelar kakak. adiknya masih menanti nama kedua. untuk diganding dengan nama utama. Apakah aiesyah ataukah faatimah.

Tuesday, May 1, 2012

Pemeriksaan Kesihatan

Tadi teman my wife pergi farmasi sekali jumpa sudut medical chek up Cuma RM 3 sekali cek. Try la buat.
keputusannya ok tapi tak ok ..
darah agak rendah.
kandungan gula agak tinggi.
peratus lemak agak tinggi.
lemak dalam organ normal,
BMI ok.
BMR kureng... Jasad lebih tua 4 tahun dari usia.

Nasihat dia kurangkan makanan berkalori tinggi. Kurangkan gula dan banyakkan bersukan. Memang masalah sebenar dah kurang bersukan. 

Aliyah lepas ni kalau abah tak dak pepetang paham-paham la yer.