Wednesday, February 1, 2012

Aliyah dan Kusyen.

Baru ini ada keluarga menghadiahkan kami set kusyen model lama. Saya sebenarnya tidak berapa berminat meletakkan perabot di ruang tamu. Apatah lagi perabot yang besar. Tetapi nak meraikan orang yang memberi dan membantu proses pendidikan Aliyah agar mudah berjalan jadi diterima juga. Kerana kesian juga pada Ummu Aliyah kerana dia memang berhajat kepada kusyen.

Kini Kusyen adalah sebahagian dari mainan Aliyah dia sudah pandai naik dan turun sendiri. Walaupun itu satu kejayaan yang lambat bagi kanak-kanak di usianya tetapi dia masih excited untuk melakukannya berulang kali. Aliyah semakin tinggi dan semakin berat jadi mendukungnya adalah suatu yang meletihkan jadi kusyen juga bertindak sebagai pagar antara ruang tamu dan dapur.

Baru ni pergi scan adik aliyah canggih juga scanner hospital barakah. Nampaklah muka janin sebiji macam muka aliyah. Huhu. Adik kakak la nampaknya.