Saturday, June 9, 2012
Saya rasa saya semakin PAS.
Tengah-tengah ngajar tiba-tiba terkona masuk kempen PRU... entah macam mana tak boleh patah balik. alih alih dari habis kul 8;40 terlajak sampai kul 905 malam. Tapi takderlah saya kempen macam mad Sabu.. saya org muda darah sejuk... hehehehe
Tetapi akhirnya saya dapati tak ramai yang berminat ceramah macam tu... yang mmg muka PAS totok sahaja yang mesra betul dengan saya. Saya memang faham kaedah dakwah yang Ustaz-Ustaz saya ajar tetapi saya dah terbabas semalam... mungkin saya dah semakin PAS sekarang ni... geram ngan pemimpin UMNO sama kot... orang duk dakwah bagai senang senang depa wak masuk malaun mana dari jepun mai tayang habis... Punggah betui.
Saturday, June 2, 2012
Tuesday, May 29, 2012
shah Alam - Padang besar
Mudahan inilah punca rezeki yang lebih luas untuk kami sekeluarga/
Berkelana
kami bertolak dari bukit naga jam 11 malam lebih dan menuju ke Sg Petani alhamdulillah perjalanan lancar dan kami selamat sampai jam 4 48 pagi waktu malaysia. Setelah itu agak hampir tengah hari sekitar 11 28 pagi aku dan adik-adik lelakiku ke Padang Besar ini juga pertama kali untuk kami bertiga hanya kami berkelana sekali. Jam 6 petang kami di Gurun pertama kali sejak balik dari Sudan aku berjumpa dengan Mohd Fitri Hashim yang pernah berkhidmat di bawah Mercy Malaysia semasa di Sudan dahulu.
pukul 7 tiba di Sg petani dengan selamat alhamdulillah. Jam 11 malam pertama kali sekali lagi aku hanya berdua dengan adik lelaki bongsuku pulang ke Shah Alam. Inilah kelana paling bersejarah untukku pada tahun ini.
Terima Kasih Allah kerana mengurniakan aku kenderaan yang sangat sederhana dan baik sekali Terima kasih Ya Allah.
Monday, May 14, 2012
Aiesyah Zuhairah dapat nama hilang tali pusat.
Rambut lebat berat 3.7 lesung pipit kiri kanan tinggi 50 cm kulit kuning kemerah-merahan(sebab tu kasi nama aiesyah. Lahir pada 10 Mei 2012 jam 2 40 ptg.(sebab tu dia zuhairah). makan kuat macam kakaknya.
Thursday, May 10, 2012
Aliyah dapat adik...
Pukul 4 pagi Isteri saya keluar menemui saya menyatakan pintu rahim sudah terbuka 3 cm. Pukul 945 kami masuk labour room. Sedikit debaran kerana dr beresedia untuk menjalankan pembedahan sekiranya kelahiran biasa gagal dilakukan pada 12 jam hingga 15 jam menunggu.
Setelah 4 jam menanti Isteri saya mula mengeluh tidak tahan menanggung sakit. Kadang kadang sampai terlelap. selepas 15 minit kesakitannya tak tertahan sehingga dia mahu melahirkan. Nurse membuat pemeriksaan sebelum pemeriksaan doktor yang akan dijadualkan 15 minit lagi. Alhamdulillah Nurse sudah mampu melihat kepala baby.
Dr datang sekadar memastikan dan bersedia untuk melahirkan. Isteri saya kuat dalam lemah dan lemah dalam kuat. Kami hanya bertungkus lumus menjadi pasukan sorak. Mereka menuruti slogan saya. Bismillahi Allahu akbar. ditukar dari satu, dua push... Alhamdulillah setelah hampir 15 kali proses pushing kepala bayi tersembul keluar . Rambut hitam dan kulit kebiruan kerana terbelit tali pusat.
Alhamdulillah melihat bayi, tenaga yang kelam dari isteri saya kembali menyinar. Bayi dipeluk rebond katanya. matanya sudah meliar memerhati saya mengiqamahkannya. mata hitam yang besar. Anak keduaku anugerah ilahi. Siapalah yang akan mendidik anak ini andai Allah enggan memberinya hidayah. Pastilah Allah akan menjadikan dia generasi yang baik kerana lahirnya dia dipenuhi kalimah zikir.
Aliyah kini bergelar kakak. adiknya masih menanti nama kedua. untuk diganding dengan nama utama. Apakah aiesyah ataukah faatimah.
Tuesday, May 1, 2012
Pemeriksaan Kesihatan
Sunday, March 4, 2012
Wednesday, February 1, 2012
Aliyah dan Kusyen.
Kini Kusyen adalah sebahagian dari mainan Aliyah dia sudah pandai naik dan turun sendiri. Walaupun itu satu kejayaan yang lambat bagi kanak-kanak di usianya tetapi dia masih excited untuk melakukannya berulang kali. Aliyah semakin tinggi dan semakin berat jadi mendukungnya adalah suatu yang meletihkan jadi kusyen juga bertindak sebagai pagar antara ruang tamu dan dapur.
Baru ni pergi scan adik aliyah canggih juga scanner hospital barakah. Nampaklah muka janin sebiji macam muka aliyah. Huhu. Adik kakak la nampaknya.
Sunday, December 11, 2011
Alhamdulillah semuanya baik dan lancar semuanya terurai. Tiada kekusutan saya yang terus membuntu. Melainkan terus mencari cari pendapatan yang lebih selesa. Inilah tandanya saya ini masih belum qana'ah erti syukur dan redha yang saya canangkan pada manusia baik dalam penulisan mahupun ceramah atau bualan belum menyerap ke dalam kehidupan saya. Tetapi saya akui jika saya merasakan saya bersyukur maka itulah tanda kesyukuran saya ini bukan yang dimaksudkan dalam kandungan ajaran Islam.
Baik kisah Aliyah. Aliyah kini sudah melepasi umur setahun. Sudah 12 bulan dan beberapa hari dia melihat dunia ini. Dia sudah memerhati ribuan manusia mungkin puluhan ribu. Dia memang seorang pemerhati yang baik. Dia kini sudah belajar untuk berdiri di atas kakinya. Giginya sudah hampir 6 batang. kenapa hampir? bukan 6... kerana yang ke enam itu baru menonjol di balik gusinya.
Aliyah semakin comel dan semakin manja. Dia sudah mahu bertudung di tempat yang dingin. Dia sudah mahu menilai nilai orang. peringkat awal dia mahu semua orang kemudian dia reject semua orang kini dia mula membuat pilihan ada yang diterima ada yang ditolak.
Ummu Aliyah sudah semakin sarat. sudah tidak boleh bergerak banyak nampaknya kali ini berbeza dengan Aliyah. Semoga Allah permudahkan untuk mereka berdua melalui detik detik bersama tanpa saya. ops bertiga.
ALBO atau Pak Lang sudah selamat kembali dari perantauan yang mencecah lebih atau kurang 3 tahun. Alhamdulillah keluarga begitu senang dengan kepulangannya yang membawa impian dan harapan baru. Apapun persediaan untuk berpisah dengan JrBO bakal menyusul. Mudahan Allah susun yang terbaik untuk adik adikku yang masih merantau agar pulang dengan ruh dakwah dan semangat pelajar yang sejati.
Keluarga lain di Sungai Petani semakin baik Tok Wan pun dah semakin tua dan keupayaannya semakin berkurang. Nak dukung dukung cicit pun dah tak larat (cicit pun bukan main semangat). Aliyah suka main dengan tok nek. Tok Nek pun geram dengan dia.
Sunday, October 16, 2011
Aliyah dan giginya.
Dalam masa ini abahnya sedikit kering dan kurang sihat, manakala tok wannya juga mengalami kemerosotan kesihatan. Insya Allah tahun depan Aliyah naik pangkat jadi kak Long.
Alhamdulillah Aliyah semakin membesar mudahan menjadi seorang anak yang solehah dan isteri yang baik.
Monday, September 26, 2011
Iman itu ada dua bahagian.
Pecahan pertama sabar dalam amal ibadat atau sabar dalam ketaatan. Di sini manusia ramai yang merasakan ia susah inilah yang menyebabkan mereka solat tetapi mereka masih bermaksiat. Mereka puasa tetapi mereka masih bersyahwat. Untuk terus menerus berada dalam ibadah dan taat kita kena menahan diri. Orang yang bersabar dalam ibadah tidak kisah akan ganjaran ibadah itu. Mereka fokus kepada menahan diri dari melihat ibadah itu selesai tanpa
kedua bersabar dalam maksiat, ini bukanlah bermakna ia redha dengan maksiat sekelilingnya, tetapi dia menahan dirinya dari terjebak ke dalam maksiat itu. Mereka yang bersabar ini bukan melihat sebesar mana dosa itu tetapi yang menahan mereka adalah pada siapa mereka berdosa.
ketiga bersabar dalam menerima qadha' dan qadar ketiga inilah kesabaran yang perlu diterapkan dalam setiap keadaan sekiranya kita diberi kurnia kita sabar dalam menjaga hak-hak orang lain padanya. seandainya kita diberi ujian kita perlu sabar dan tidak mempertikaikan hak Allah dalam menentukan kehidupan kita.
Friday, September 23, 2011
Aliyah dibuang sekolah.
Tetapi ini selalunya berlaku di sekolah menengah dan sangat jarang terjadi pada pelajar sekolah rendah. Tetapi agak aneh apabila dibuang dari nursery. Kesian aliyah, sudah nasib badan redha jerlah.
Aliyah seronok aja sebenarnya yang pening umi ngan abah la.
Thursday, August 18, 2011
Ayahku...

Kalian masih ada ayah? Ya pasti ayah kalian istimewa. Tetapi keistimewaan ayahku ini berlainan mungkin. Aku ada ayah yang baik sebagai ayah, Ayahku selalu sakit masa aku masih kanak-kanak tetapi aku disekolahkan di sekolah agama sehingga seharipun aku tidak pernah mengenali suasana didikan sekular. Tetapi ayah lebih baik sebagai penas
ihat, walaupun nasihatnya tidak panjang macam ibu tapi kata-katanya cukup untuk aku jadikan perinsip hidup. bertambah-tambah baik sebagai pendengar, sebagai remaja aku tidak pernah melalui sesi kaunseling kerana ayahku inilah pendengar yang paling baik pernah aku miliki.
Kami juga rakan pena suatu masa kami saling berutus surat mencari kekuatan dalam surat-surat kami.Ayahku ini inspirasi mengasah bakat penulisanku. Walaupun ayahku ha
nya belajar di darjah enam tetapi buku bacaannya mengalahkan org PHD. Kemampuannya mengutip inti dari isi-isi itu pula sangat luas. Aku merasakan setiap suratnya tangkal semangat untuk aku terus menjadi diriku yang begini.
Kini kami ada hubungan lebih hebat. Kami adalah rakan kongsi medan dakwah.Cuma dakwahku adalah dakwah dengan lidah dan lebih umum. Manakala dakwah ayah dengan sikap dan peribadi dan lebih khusus. Ayahku berdakwah di kampung dan aku di jalanan. Selalu aku mengisi kekosongan yang disediakan ayahku untukku di kampung. Indah kiranya Allah terima amalan kami ini sebagai saham untuk kami ke Syurga. di sana kami akan menjadi jiran pula.
Monday, August 8, 2011
Bersederhana Dalam Ramadhan.
Namun beberapa hari awal sahaja abah sempat melayan kerenah Aliyah yang semakin melbihkan umminya dari abah. Mungkin kerana abah kerap berbuka di luar dan juga jarang bersamanya dengan jadual ramadhan yang agak padat dengan kerja terjemahan bagi Syeikh maher al Munajjid.
Alhamdulillah banyak ilmu dapat abah cedok dari "lautan ilmu'' yang Allah utus khas dari syria ini. Ramadhan kali ini abah dan Ummi Aliyah berbelanja dengan jimat dan cermat. Barang semakin mahal ekonomi keluarga juga kurang stabil dengan beberapa musibah kecil. Alhamdulillah Allah beri Abah Isteri yang sabar, yang sanggup berbuka dan bersahur dan berbuka dengan jaudah yang sama.
Walaupun tekak dah tak suka tapi kami tetap merasai bahagia dapat berbuka masih gembira macam orang lain berbuka. Kalau nak tengok di Somalia masya Allah besar nikmat kita sedang kecapi ini. Mudahan Allah permudahkan kehidupan seluruh umat Islam di dunia yang sedang bergolak. Alahmdulillah ada dermawan beri kurma yang sedap berkotak-kotak.
Janganlah dibayangkan kami sedang berbuka sambil menangis dan menghadap nasi berkuahkan air kosong. Kami masih makan makanan seimbang masih memikirkan makanan sunnah. Cuma kali ini makanan kami sekadar yang kami perlukan. selagi makanan kami tidak habis kami tidak akan menambah juadah baru.
Alhamdulillah mudahan suasana ini istiqamah sampailah kami mati dalam keadaan tidak israf.
Friday, July 1, 2011
safar ke Kuwait
sampai jam 3;10 pagi waktu Kuwait . Waktu subuh dia 3;17 pagi syuruq 4;55. Zuhur 11;57 asar 3;56 maghrib 6;50 isya 8;17 panas juga kat sini bahkan berghubar macam lagi kuat dari Sudan.
Sampai Hotel jam 3;30 pagi siap diri solat rehat. 8 pagi sarapan menu: pancake, Madu, ayam fillet, buah dan yogurt. setakat ini di khabarkan makan pagi sahaja ditanggung makan malam dan tengah hari tanggung sendiri.
Jam 9;30 pagi keluar merayap kenal bandar alhamdulillah hotel dekat dengan pekan dan laut. laut "cun" bandar cantik tapi ada jugalah bangunan ala arab yang separuh siap atau separuh roboh.
Cuaca: view kurang baik sebab Ghubar( debu ) cuaca agak panas untuk orang Malaysia 40 c. Duit dia mahal harga barang standard kl. KD 1 sama dengan RM 11.7 pandai-pandailah berjimat. Orang ramai ramah ja. Tetapi orang kuwait sendiri belum dijumpai.
Ok setakat ini dahulu. esok kita cerita lagi salam.
Wednesday, April 27, 2011
Coach Volleyball
Tidak pernah ada dalam mimpi aku akan serius dalam sukan sehingga menjadi jurulatih apa apa peringkat. Inilah dikatakan suratan takdir.
Apapun biarlah diceritakan di sini, sebenarnya bukanlah seperti sangkaan warga SMIK di luar VT bahawa Ustaz Umar dan ustaz-ustaz lain mahukan kemenangan dalam tournament Volleyball daerah Klang. Tak lain tak bukan hanya ingin membuka ruang untuk anak-anak SMIK tampil dalam masyarakat sekaligus memperolehi merit baik dalam ko Kurikulum.
SMIK VT menyertai dua kategori 1Lelaki Bawah 18 dan 2 Lelaki Bawah 15. Alhamdulillah kedua-dua Team melepasi target iaitu tidak menjadi pasukan belasahan. B18 mendapat tempat ketiga peringkat kumpulan B15 mendapat tempat ketiga Daerah Klang.
Walaubagaimanapun itu semua hanyalah cerita luaran VT apa yang ada di dalamnya hanyalah tarbiyah dan juga matlamat-matlamat dakwah yang cuba diserukan di Medan Bola Tampar. Alhamdulillah walaupun baru belajar digging tapi Allah izinkan beberapa kemenangan.
Misi di peringkat sekolah kali ini adalah melahirkan pewaris atau pelapis. Alhamdulillah SMIK VT sudah wujud dengan redha semua warga SMIK. Semoga lepas ini SMIK FC pula akan berbuah.
Aliyah dan perangai Baru.
Semalam MakNgah Aliyah call. Tak sempat nak sembang panjang sebab Aliyah tengah duk buat perangai manakala maknya pula sedang memasak ada tetamu nak singgah.
Sekarang perangai baru Aliyah adalah nangis teran macam nak keluarkan sesuatu dari tekak. Sebelum ni nak dengar dia nangis memang kena tunggu dia terkejut masa tidoq. la ni tak lagi. Tengah-tengah duk bergelak mengekek pun dia boleh tukar tune menangis menjerit-jerit.
Kalau dulu cara nak diamkan dia abah ambil dukung-dukung lambung-lambung sikit oklah. tapi sekarang ni dia dah tukar gang. Umi plak kena dukung. Semalam tengah nangis bawa gi tempat dia nampak umi dia pun dah cukup. Betukar angin dia sekarang. Ringanlah abah hehehe. Semalam mak Long Ayu dia mari dari Putrajaya ngan Pak Long Bob kawan umi Aliyah masa di UNItI. Tak sabar nak tunggu Aliyah merangkak.
Sunday, April 24, 2011
Aliyah dan Train
Abah dia tak sempat lagi nak ambil lesen kereta.duit nak beli kereta pun takdak lagi. Kena cepat ni Aliyah seronok naik tren antara aktiviti dia adalah mengorat orang suruh sembang ngan dia. Dia memang suka crowd tak macam abah dia. Abah dia suka sunyi sunyi. Ikut Umi dia kot.
Minggu lepas dia naik train gi wangsa maju teman abah gi ceramah. Pastuh minggu ni pi Makan Kenduri Mak Lang Arah kawen. Seronok dia kena usung ngan Tok-tok sedara dia. Tok Lang dia tak dan nak melayan dia ramai sangat orang nak kena layan.
Minggu depan nak ke KL lagi gayanya. Nak gi PWTC kot tgk bookfair. Dia suka juga tgk buku. Cuma tak leh membaca lagi. Abah dia duk baca buku dia duk baca kulit buku. bersembur sembur air liur dia membaca macam orang menjampi dah gayanya.
Abah harap Aliyah akan belajar jauh-jauh macam abah. Tapi kenalah pujuk Ummi hehehe.
Tuesday, April 12, 2011
Aliyah dah boleh meniarap
Umur Aliyah dah 4 bulan lebih. Dia dah melonjak ke atas secara senget-senget beberapa minggu lalu semalam barulah dia berjaya menelangkupkan badannya sendiri secara total setelah hampir sebulan berusaha.
Aliyah Khadijah semakin manja dan merap. Ummi dia la ni takleh buat banyak kerja kalau abah tak ada di rumah. Sebab memang tak dibenarkan oleh aliyah. Paling lama pun boleh tahan 5 minit duk seorang. Dia punya volume pun dah semakin mantap. Tambahan dia boleh bertukar mood sekelip mata. Tengah duk gelak mengekek boleh jadi menangis teresak. Kadang-kadang sebaliknya. Tapi kalau ada orang keempat dia memang sangat solehah.
Senyum dia dah penuh sekarang dulu senyum sebelah ja. Maha Suci Allah yang menciptakan manusia. Banyak yang Abah pelajari tentang perkembangan manusia dari Aliyah Khadijah.


