Friday, July 1, 2011

safar ke Kuwait

1st day - Perjalanan dijangka bermula jam 7 50 malam di hantar ke KLIA oleh ustaz Jalil Armawan Bahri Saleh. Ketika sedang beratur kapal yang dijadualkan telah dilewatkan ke jam 10 malam. Saya bermusafir bersama Ustaz Abdul Rahim.

sampai jam 3;10 pagi waktu Kuwait . Waktu subuh dia 3;17 pagi syuruq 4;55. Zuhur 11;57 asar 3;56 maghrib 6;50 isya 8;17  panas juga kat sini bahkan berghubar macam lagi kuat dari Sudan.
Pantai Kuwait 

Sharq Kuwait

The Sultan Centre

Nadi Pantai Kuwait

Anak anak Ikan Kuwait

Suhu dia baru 40 c mana boleh banding dengan khartoum.

Patchi untuk hantaran kahwin... Tak yah singgah!

Pasar basah operasi dari 8-30 am hingga 10 pm.

Sampai Hotel jam 3;30 pagi siap diri solat rehat. 8 pagi sarapan menu: pancake, Madu, ayam fillet, buah dan yogurt. setakat ini di khabarkan makan pagi sahaja ditanggung makan malam dan tengah hari tanggung sendiri.

Jam 9;30 pagi keluar merayap kenal bandar alhamdulillah hotel dekat dengan pekan dan laut. laut "cun" bandar cantik tapi ada jugalah bangunan ala arab yang separuh siap atau separuh roboh.

Cuaca: view kurang baik sebab Ghubar( debu ) cuaca agak panas untuk orang Malaysia 40 c. Duit dia mahal harga barang standard kl. KD 1 sama dengan RM 11.7 pandai-pandailah berjimat. Orang ramai ramah ja. Tetapi orang kuwait sendiri belum dijumpai.

Ok setakat ini dahulu. esok kita cerita lagi salam.

Wednesday, April 27, 2011

Coach Volleyball


Tidak pernah ada dalam mimpi aku akan serius dalam sukan sehingga menjadi jurulatih apa apa peringkat. Inilah dikatakan suratan takdir.

Apapun biarlah diceritakan di sini, sebenarnya bukanlah seperti sangkaan warga SMIK di luar VT bahawa Ustaz Umar dan ustaz-ustaz lain mahukan kemenangan dalam tournament Volleyball daerah Klang. Tak lain tak bukan hanya ingin membuka ruang untuk anak-anak SMIK tampil dalam masyarakat sekaligus memperolehi merit baik dalam ko Kurikulum.

SMIK VT menyertai dua kategori 1Lelaki Bawah 18 dan 2 Lelaki Bawah 15. Alhamdulillah kedua-dua Team melepasi target iaitu tidak menjadi pasukan belasahan. B18 mendapat tempat ketiga peringkat kumpulan B15 mendapat tempat ketiga Daerah Klang.

Walaubagaimanapun itu semua hanyalah cerita luaran VT apa yang ada di dalamnya hanyalah tarbiyah dan juga matlamat-matlamat dakwah yang cuba diserukan di Medan Bola Tampar. Alhamdulillah walaupun baru belajar digging tapi Allah izinkan beberapa kemenangan.

Misi di peringkat sekolah kali ini adalah melahirkan pewaris atau pelapis. Alhamdulillah SMIK VT sudah wujud dengan redha semua warga SMIK. Semoga lepas ini SMIK FC pula akan berbuah.

Aliyah dan perangai Baru.





Semalam MakNgah Aliyah call. Tak sempat nak sembang panjang sebab Aliyah tengah duk buat perangai manakala maknya pula sedang memasak ada tetamu nak singgah.

Sekarang perangai baru Aliyah adalah nangis teran macam nak keluarkan sesuatu dari tekak. Sebelum ni nak dengar dia nangis memang kena tunggu dia terkejut masa tidoq. la ni tak lagi. Tengah-tengah duk bergelak mengekek pun dia boleh tukar tune menangis menjerit-jerit.



Kalau dulu cara nak diamkan dia abah ambil dukung-dukung lambung-lambung sikit oklah. tapi sekarang ni dia dah tukar gang. Umi plak kena dukung. Semalam tengah nangis bawa gi tempat dia nampak umi dia pun dah cukup. Betukar angin dia sekarang. Ringanlah abah hehehe. Semalam mak Long Ayu dia mari dari Putrajaya ngan Pak Long Bob kawan umi Aliyah masa di UNItI. Tak sabar nak tunggu Aliyah merangkak.

Sunday, April 24, 2011

Aliyah dan Train

Aliyah sudah dua minggu berturut-turut naik tren. Dari segi respons nampak mmg bakal kaki berjalanlaa. Aliyah mmg suka gi ronda-ronda mungkin dia bosan duk umah ja.

Abah dia tak sempat lagi nak ambil lesen kereta.duit nak  beli kereta pun takdak lagi. Kena cepat ni Aliyah seronok naik tren antara aktiviti dia adalah mengorat orang suruh sembang ngan dia. Dia memang suka crowd tak macam abah dia. Abah dia suka sunyi sunyi. Ikut Umi dia kot.

Minggu lepas dia naik train gi wangsa maju teman abah gi ceramah. Pastuh minggu ni pi Makan Kenduri Mak Lang Arah kawen. Seronok dia kena usung ngan Tok-tok sedara dia. Tok Lang dia tak dan nak melayan dia ramai sangat orang nak kena layan.

Minggu depan nak ke KL lagi gayanya. Nak gi PWTC kot tgk bookfair. Dia suka juga tgk buku. Cuma tak leh membaca lagi. Abah dia duk baca buku dia duk baca kulit buku. bersembur sembur air liur dia membaca macam orang menjampi dah gayanya.

Abah harap Aliyah akan belajar jauh-jauh macam abah. Tapi kenalah pujuk Ummi hehehe.

Tuesday, April 12, 2011

Aliyah dah boleh meniarap


Umur Aliyah dah 4 bulan lebih. Dia dah melonjak ke atas secara senget-senget beberapa minggu lalu semalam barulah dia berjaya menelangkupkan badannya sendiri secara total setelah hampir sebulan berusaha.

Aliyah Khadijah semakin manja dan merap. Ummi dia la ni takleh buat banyak kerja kalau abah tak ada di rumah. Sebab memang tak dibenarkan oleh aliyah. Paling lama pun boleh tahan 5 minit duk seorang. Dia punya volume pun dah semakin mantap. Tambahan dia boleh bertukar mood sekelip mata. Tengah duk gelak mengekek boleh jadi menangis teresak. Kadang-kadang sebaliknya. Tapi kalau ada orang keempat dia memang sangat solehah.

Senyum dia dah penuh sekarang dulu senyum sebelah ja. Maha Suci Allah yang menciptakan manusia. Banyak yang Abah pelajari tentang perkembangan manusia dari Aliyah Khadijah.

Monday, April 11, 2011

Sampaikan Pada Dia...


Mungkin dikau angin yang bercerita,
mungkin juga dikau serangga yang membisik,
mungkin pula kau burung yang menyinggah.

Siapapun kamu, apa apa jua,
pintaku, sampaikanlah padanya
sampaikan ke lubuk hatinya yang paling dalam,
biar putus suaramu atau parau.

Katakan aku sedari awal,
sehingga kini, bahkan sampai bilapun,
pasti dengan segala ruang yakin, jitu seluruh kalbu.

Sangat menyintainya... tetapi aku bisu.
Aku hanya faham bahasa kelu.
Sebelum kau pergi katakan juga kupintakan maaf.

Sunday, March 6, 2011

Tok Nin sudah tiada.

Barangsiapa yang mengenali dia pasti tiada apa yang buruk ingin diceritakan melain kan fitnah liar yang ditiup dikampung. Orangnya hitam manis, kurus dan selalu mengukir senyum. Hatinya jernih kerana apa yang dirasa akan dikongsi baik marah, suka, kurang faham, atau prasangka. sejak balik aku selalu juga meluangkan masa untuk mendengar dan juga menziarahinya.

Kematiannya adalah kematian yang dia sendiri nanti nantikan. Sejak aku masih di Sudan dia menyebut ttg kematiannya. Sekembalinya aku dia sambut dengan peluk cium. Dia sangat gembira di hari perkahwinanku. Dia bahagia kadangkala aku rasakan dia lebih bahagia dari kami. Tetapi semua ini tidakku sedari melainkan setelah dia pergi. Masih ingat ketika dia menyambut Aliyah sebaik kami tiba sampaikan aku tidak sempat menyalaminya. '' Huduhnya cicit nek ni!" itulah ayat pertamanya . Berkali kali dia menyebut ingatkan tak dan jumpa dah. Pada masa itu aku sudah biasa dengan ayat itu. Ya sejak bertahun, itulah ayat di bibirnya denganku.

Dia mati tanpa harta melainkan beberapa ratus ringgit yang telah diagihkannya kepada anak-anak perempuannya yang dekat. Tiada tanah untuk direbutkan tiada barang kemas yang boleh digadaikan. Dia habis umur dengan ungkapan La Ilaaha Illa Allahu. Dia minta untuk mati di rumah tetapi Allah megambilnya di hospital. Dari rumah Pak Long Pak Su bawa ke rumah Ayah lantas di tahan di wad. Sakitnya pada jantung yang sejak 75 tahun tiada masalah.

Alhamdulillah pengebumiannya lancar dan jenazahnya disolatkan oleh ramai lelaki yang mengenali ataupun tidak. Kebetulan yang disusun oleh Allah semasa menyolatkan jenazahnya orang tengah berkumpul untuk akad nikah dan yang terbaik mereka ini bermazhab hanafi yang sangat pentingkan solat dan terutamanya masalah solat jenazah. Ada di kalangan mereka yang turut mengebumikan jenazah inilah rezekinya. Husnul Khatimah. Tiada kenduri Arwah di rumahnya. Tiada tahlil berturut-turut. Anak-anak kesayangnannya tidak bermurung kerana mereka telah redha telah yakin dia lebih bahagia di alam barzakh seterusnya  akhirat. Dia memelihara 3 anak perempuan yang selamat dari dosa besar sampai dia tiada. Dia mentaati suami dalam hal yang dia suka atau dia duka.

Dialah isteri terbaik yang pernah aku kenali. Sangat sempurna layanannya pada t0k wan. kini yang tinggal hanyalah kenangan Tidak pernah tok wan bercerita ttg zaman mudanya selain setelah kematian tok Nin. Tokwan cerita tentang nenek moyang kami. Tokwan cerita tentang zaman jepun, komunis , british. Tokwan sangat merasakan kehilangan isterinya. Pilu pada melihat tokwan bermenung lebih dalam dari pilu menyambut tok Nin dalam liang kubur semalam. Akulah waris tunggul yang mengiringinya sampai ke dalam liang. Dia menanti aku untuk kembali sehinggalah aku yang diberi kekuatan oleh Allah untuk mengiringnya sampai terakhir. Aku yang terakhir mencium dahi, hidung dan dagunya. Aku menahan tangis sehingga saat ini. Aku benar benar redha akan kematian ini.

Yakinlah adik-adikku tok kita orang yang baik tidak pernah syirik pada Allah, tiada hasad dalam jiwanya, tiada harta orang diambilnya bahkan hartanya juga diambil orang. Kalaulah bercerita tentang rahmahnya pada binatang cukuplah kisah dia membela ayam dan bersembang dengan mereka. berleter kepada mereka mengajar mereka makan baik baik, jangan merampas atau mencuri hak orang. Sayang dia pada anak cucu sangat dalam.

Ketika tok masih hidup dia selalu bercerita dan mendoakan kebahagiaan kita. kini dia telah pergi meninggalkan seorang suami dua anaknya sebagai janda, seorang anak perempuan dan 4 lelaki serta hampir 50 cucu dan cicit.