Alhamdulillah hari ni tercapai juga impian nak main futsal ngan kawan kawan sekerja dan kawan kawan lama yang masih setia di sisi. Ayie Suhaib Azizan dan Fikri. Walaupun kami hanya menumpang adik adik siswa yang masih lincah dan cergas belum ada poshbag yang tak boleh buka. Kami gembira. Saya terutamanya.
Main bola dengan kawan kawan adalah kepuasan yang sukar dihuraikan walaupun main taklah setara mana. Tapi masa kutuk kutuk, masa cerita kita punya aksi yang tak berapa best pun, masa itulah kita perlukan kawan untuk memeriahkan suasana. Saya senang dengan kawan kawan saya. Walaupun saya tak pandai sangat main depa tak melekehkan dan tak pula menghalau saya. (berani laa halau, hehehe).
Alhamdulillah, Suhaib dah sibuk sekarang kena selia kerja wiring di sebuah masjid di Ibu Negara dan mengurus keluarga. Ayie juga begitu menjadi penyelia logistik ( nama ni saya kasi) di port klang bagi syarikat alami. Saya sudah tentu sibuk dengan aktiviti menyibuk saya. Di alam ini dan alam sekolah. Sesekali begini berkumpul dapatlah mengembalikan nostalgia dan juga merapatkan lagi jalinan yang ada.
Saya suka main bola, Saya juga sayang kawan-kawan saya. Kalau boleh saya nak kami semua masuk Syurga boleh main futsal kat sana, buat skill skill yang tak pernah terfikir di sini. Ya Allah tempatkanlah kami semua ke SyurgaMu yang sangat luas. Kalaulah kerana main futsal kami diredhai olehMu, mudahkanlah kami untuk bermain selalu.
Thursday, August 5, 2010
Friday, July 30, 2010
pelajaran baru.
Assalamualaikum, seminggu yang lalu saya agak sibuk belajar. Membaca berbincang dan cuba memahami berkenaan permasalahan riba dan bank Islam hari ini. Alhamdulillah saya mendapati sebuah kefahaman yang saya kira boleh saya pegang dan jadikan amalan dalam kehidupan dunia kewangan.
Pokok persoalan adalah sistem pinjaman kewangan yang wujud dalam produk-produk bank berjenama Islam. Sekiranya orang bertanya halalkah ia atau ianya riba maka jawapan yang ada ia adalah urusan riba pada asalnya dan cuba dihalalkan dalam transaksi murabahah untuk menghilangkan zat riba berdasarkan beberapa kaedah fiqh dan usul yang digunakan oleh ulama untuk mencari solusi bagi Ummah.
Ada satu pandangan yang saya rasa patut diterima oleh semua kita harus berhukum dengan hukum wara' barulah kita benar benar selamat dari masalah halal haram ini. Maka orang yang wara' akan mengatakan pinjaman bank Islam ini riba pintu belakang. Solusi yang mereka ambil mudah dan ringkas. Zuhud dan qona'ah.
Inilah kesimpulan study saya berkenaan Bank Islam dan Riba. Silalah beri tunjuk ajar kerana orang yang membolehkan adalah ulama, yang mengharamkan juga ulama. Saya cuma orang awam yang sedang belajar dan mencari pegangan yang meyakinkan.

Thursday, June 10, 2010
apa yang menyibukkan saya sekarang?
Dulu saya sibuk dengan dapur, pameran-pameran, kambing & lembu, kamera, blog, puisi, cerpen dan bacaan-bacaan belajar.
Kini,saya belajar bagaimana mengajar, saya baca apa dan bagaimana mengajar, saya kerja mengajar. Saya menulis tentang pengajaran dan sedikit tentang pembelajaran. Saya mengajar di rumah, sekolah, masjid, surau kalau boleh mahu juga saya mengajar di jalanan.
Jadi kesibukan saya kini pada buku, sekolah, rumahtangga, masyarakat, bahasa arab,laptop: Blog, berita,akhbar, Palestin, video.
Perancangan akan datang: saya ingin sibuk dengan pohon2, dengan kedai buku dan seumpanya. doakan

Thursday, April 15, 2010
Dulu Kembara kini Guru.
Dahulu aku bebas melangkah pergi ke mana-mana. Kini kakiku diruntun tanggungjawab ke kelas kelas yang diamanahkan.
Dulu aku cuba apa sahaja untuk meluaskan kefahamanku terhadap apa yang aku pelajar, kini aku perlu bertungkus lumus melalui berbagai cara untuk menjadikan pelajarku faham apa yang inginku ajarkan.
Dulu aku pantas menziarahi kawan-kawan bagi mengeratkan persahabatan, kini aku perlukan persahabatan untuk membentuk gagasan pendidik agar selari mengeratkan ilmu dan pelajar.
Dulu aku kembara yang puas, Kini aku Guru yang menanti kepuasan.

Thursday, February 25, 2010
Yaman ke Malaysia
Yaman memang memuaskan sebuah negara unik yang mesti diziarahi oleh kaki jalan. Budaya yang kaya kraftangan yang halus janbia Yaman, madu Yaman, Aked Yaman, Rumah San'a semuanya mengagumkan. Subhanallah yang mencipta tempat seperti Yaman.
Hari kedua sebelah siangnya dihabiskan di University Iman Yaman. Berjumpa dengan pelajar Iman sungguh menenangkan. Mereka bermukim di madrasah keimanan mereka berukhuwwah di jalan Ilmu semoga semua pelajar Yaman akan rukun walaupun masih kedengaran bunyi bunyi perselisihan di harap PERMAYA menyelesaikannya dengan hikmah.
Yaman yang aku ziarahi Yaman yang damai. Walau cerita perang yang berkumandang. Orangnya mudah menyapa suka membantu.
Malamnya kami merayau di suq Tahrir Aku, Khalida, Ali dan Balqis menemani Mus'ab sicomel menawan pekan tahrir. Alhamdulillah puas kami membeli belah.
Kali ini aku bermalam di rumah Ali, masak sama-sama makan sama-sama kemudian sembang hingga larut malam. Sehingga plan untuk mengikuti pengajian tafsir pada pagi itu tergendala. melepas satu peluang best di Jamiah Iman.
Hari ketiga kami bertolak ke Hotel dan mengemas barang2, siap jam 4 bertolak ke Lapangan Terbang Sana'a. Barangan kami melebihi Had sebanyak 13 kilo tetapi dilepaskan sahaja oleh pemudahcara Yemenia.Alhamdulillah sempat jamak sebelum bergerak ke kapal Terbang.
Kami menaiki Airbus dan tempat duduk saya bersebelahan dengan seorang rakyat Amerika yang berwajah baik namanya Michael bekerja di Airport Yaman. Perjalanan dimeriahkan oleh ramai warga Indonesia.Apatah lagi selepas berhenti di Dubai mengambil penumpang. Memang hingar suasana dalam perut kapal. Bermacam ragam Sehingga penumpang Arab terkedu tanpa bicara. Perjalanan ke Dubai mengambil masa 2 jam manakala dari Dubai ke Kuala Lumpur sekitar 6 jam 10 minit.
Alhamdulillah sampai di KL dengan selamat jam 11 pagi kesemua 7 bagasi selamat dituntut semula. Alhamdulillah. Perjalanan yang penat tetapi bermakna. Sampai jumpa lagi wassalam.

Monday, February 22, 2010
Hari Kedua di Yaman
Hari ini tak boleh tidur pagi... pukul 4.40 dah bangun. Tak tahu apa kes. Apapun semalam memang puas bershopping sampai kering. Tak sedar duit mengalir mmg sayang juga duit tu tapi lagi sayang nak lepaskan peluang berbelanja di sini. Barang tidaklah terlalu mahal dan tidak pula terlalu murah cuma banyak barang barang yang diminati dan rasanya sukar ditemui di tempat lain.
Alhamdulillah dapat bertandang di Rumah Ali dan makan Tengah hari di sana. Sedap Balqis masak nama masakan tak tahu, tahu tahu sudah habis semangkuk nasi tambah. Siapakah yang bersalah kalian rasa akukah atau Alikah? Alhamdulillah juga melihat Ali sekeluarga sehat dan damai.
Bertandang ke rumah Ali menjemput rasa damai bagai di rumah sendiri. Keakraban zaman sekolah tak pernah dingin terus sahaja bernyala walau sekian lama dibungkus kejauhan. Ali masih yang sama walau ada bertambah di sana sini namun jiwanya tetap Ali yang dulu.
Kemudian kami menghala ke Babul Yaman. Kota tua, 3000 tahun lebih umurnya digelar San'a Qadim aku kagum dengan bangsa negara ini jati dirinya menebal bahasa Inggeris tidak sibuk didengarkan, Pakaian barat tidak wajib diperaga hizam dan kerambit setia di pinggang daun qat mengembung di pipi. Walaupun Qat itu meloyakan dan bukan amalan terpuji tetapi ia bukti pada jati diri.
Keramahan orang sini sukar untuk dikalahkan dengan pujuk rayu ketika membeli. Semalam saya mencari cari gaya orang bersenjata rupanya di san'a sudah tidak bebas bersenjata. mujur jumpa qat di mulut mereka. jika tidak kempunanlah saya melihat gaya sebenar lelaki Yaman. Wanitanya tidak mudah ditatap wajah bertutup kecuali mata yang bersinar. Bercampur aduk bukan budaya mereka. Baik dalam van yang sempit ia dijaga.
Yaman hari ke 2 sedang ku lalui. salam.

Hari pertama di Yaman.
assalamulaikum, namapun hari pertama jadi tak banyak yang saya nak cerita cuma pengenalan.
Kita mula dengan kedudukan Yaman, Yaman terletak di selatan Saudi dan berjiran juga dengan Oman. Yaman merupakan negara Arab yang bermajoriti Islam. Bahasa Arab mereka disebut sebut sebagai Paling Fushah atau paling hampir dengan Arab al Quran. Alhamdulillah khabar yang didengar boleh diakui.
Negara ini agak unik dengan kebebasan bersenjata dan kemasyhuran daun qat. Namun setakat hari ini tak nampak lagi dua benda ni. Orang Yaman bermazhab Syafie, Hambali dan syiah zaidiyah. itu yang saya tahu, belum juga dipastikan.
Setakat hari ini saya berani mengatakan masyarakat Yaman ni baik baik dan peramah. Sejak di airport sudah kelihatan mereka suka untuk memudahkan. Tetapi ini baru hari pertama.
Hotelnya tak mahal dan oklah untuk didiami taklah membuatkan kita ikat perut 15 dollar semalam dengan 2 katil okla. Jalan-jalannya dipenuhi dengan van van kecil. Yaman setakat ini menambat hati saya untuk menelusuri kotanya lebih jauh. Terutama rasa ingin berjumpa ulama-ulamanya.
Duitnya sedikit mahal dari RM seringgit sama dengan 50 fils atau sen yaman. sampai jumpa lagi salam.

Subscribe to:
Posts (Atom)