Monday, December 27, 2010

Merindui Aliyah

Abah dah beberapa hari tak dapat tatap wajah aliyah. Abah kena tolong kem Jati Diri di Bangi. Aliyah dah naik ke 3.5 Kg dan kuning dah turun 11. kira dah tak bahaya.

Abah taip ni pun dalam keadaan penat sangat hari ni keluar jumpa dengan pak cik Faiz dengan Pak cik Ismail. Sembang pasal macam macam dari sarapan sampailah makan tengah hari.

Semoga Aliyah sehat dan cepat boleh balik Klang.

Sunday, December 12, 2010

Aliyah Khadijah nama diperoleh.

hari ini genap seminggu anak abah melihat dunia. Ujian masih bersama dengan kita. Pun begitu Anak Abah sudah ada nama. Aliyah merupakan sifat bagi jasad anak abah di mata Abah Khadijah pula suluk contoh yang abah idamkan menghiasi kehidupan Aliyah.

Mulanya abah mahukan Arkha Khadijah tetapi seakan canggung kata Arkha itu mahu dijadikan nama. Dan terlalu tinggi pekerti yang anaknda perlu capai. bukanlah tiada percaya abah pada kemampuan anaknda tapi biar;ah seimbang ada nyawa dan jasad pada nama itu seperti iman itu ruh amal itu jasadnya. Ruh dan Jasad bukanlah bagai suami dan Isteri ia ibarat 2 dalam 1 kadang kadang memang tiada terpisah langsung.

Maka telah putuslah Aliyah Khadijah oleh abah dan ummi. Tetapi tadi masa melawat abah dikhabarkan kuning Aliyah naik ke 15.5 kita cuba pula ubat homeopathy semalam ummi cakap Aliyah tak mau langsung diam di bawah cahaya biru.

Ummi pun dah mula rasa pedih pedih di perut kerana tak dapat baring abah dah belikan ummi pati haruan mudah-mudahan Allah sembuhkan kalian. Abah hanya mampu berdoa kerana ALlah jualah penyembuh.

Friday, December 10, 2010

Anak Abah Kuning.

hari ini anak abah dah berusia enam hari. Esok kita dapat nama la ye? Umi sedih sangat tengok anak abah duk bawah lampu pun dia nangis. Pastu Umi ada salah faham ngan tok wan plak. Abah tak kesah sangat masa ambil darah tadipun  abah yang pegang umi tak sanggup.

Anak abah kuat, nangis sikit saja. Lepas cek memang tinggi paras kuning 14.6 bagi orang umur 6 hari mmg paras tu tinggi, so doktor sarankan duduk wad. Abah nak kena balik SP juga malam ni ka esok pagi ka sebab nak buat sijil lahir dan berubat sakit abah ni. Tali pusat anak abah pun dah tanggal alhamdulillah.

Ingat tu tali pusat tanggal di Hospital Jitra. Lepas ni kita cerita lagi. 3 11 ptg 11 12 2010

Wednesday, December 8, 2010

Jadi Ayah

6 12 2010 lahirlah puteriku yang sulong jam 8 50 pagi. Bagaimanapun isteriku sudah masuk dalam wad bedah sejak 7;40 pagi lagi. Kerisauanku tamat setelah usai jam 11 pagi.

Keinginan melihat wajah anak kecilku dan debarannya terpaksa ku tahan sehinggalah jam 12 30 iaitu menanti dia siap diuruskan. birokrasi perubatan ini telah menghalang anak kecil itu diiqamahkan sebaik lahir ke dunia.dia terpaksa mendengar bunyi bunyi lain dahulu.

Aku menanti kelahirannya dalam tempoh ujian, kesibukan, kesakitan dan juga kepokaian. Apapun lahirnya ini pastilah rahmat yang sangat besar dari Allah. moga kesakitan ini satu kaffarah agar kami sama sama bersih untuk menerima kurniaan Allah.

Kulitnya merah kepalanya mirip aku jarinya kaki dan tangannya dia mmg bertubuh sepertiku, pada mula dilahirkan wajahnya mirip ibunya. kini sedang berubah rubah. Dialah cucu sulong ibu dan ayahku tetapi sebelah isteri dia yang ke tiga.

rupanya kegembiraan mendapat anak adalah kegembiraan yang sangat besar. lebih besar dari mendapat isteri. tak hairanlah anak sulong sangat dikasihi oleh ayah. Apalah perasaan ayah ayah yang anak sulong mereka biadap dan derhaka? Ya ALlah ampunkan dosaku , Semoga anak ini menjadi penyejuk mata dan hati. Semoga dia menjadi hamba Tuhan yang merdeka dari berhala zaman modern.

Friday, November 12, 2010

Aljazair.

Alhamdulillah sempat diizinkan Allah melihat salah satu tanah magharib arabiyah yang banyak di sebut dalam buku tarikh. Tanah algeria ini masyhur dengan ulama seperti Abu Bakar al jazziri, Malik bin nabiy dan beberapa syeikh lain. Tapi cuma sempat jumpa Abu Jarrah al Sultaniy sahaja.

Tanah ini juga pernah dibasahi darah 4 juta syuhada. Ia masyhur dengan gelaran tanah 1.5 juta syahid. Sehinggakan bangunan tertinggi di Algeria ini adalah tugu syuhada mereka.

Selain itu ALgeria ini masyhur dengan isu Palestin. Menurut seorang dr dari JOrdan Algeria merupakan pintu masuk dan keluar laut bagi penduduk Ghaza. Boleh dikatakan seluruh algeria sepakat dalam isu Palestin. Dan mereka akan menghantar 50 kapal bantuan dalam gelombang armada pembebasan ke dua ke Ghaza.


Orang algeria besar-besar dan suara mereka parau tetapi mereka menghormati bangsa lain dan baik-baik. Mereka mengalami masalah pemberontakan yang banyak. Boleh dikatakan semua jiran mereka bermusuhan dengan mereka. Mereka mengalami masalah dengan jiran laut dan darat. Iaitu: perancis, sepanyol, morocco, tunisia, Libya dan beberapa negara afrika lain.

Jika dilihat dari segi sebaran tentera mereka memang negara dalam perang. Walaupun pergerakan rakyatnya seperti negara-negara lain tetapi cekpoint tentera ada dimana-mana. Inilah suasana semasa saya baru tiba di sudan dahulu.

Alhamdulillah 4 hari di Algeria cuacanya baik tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Cuacanya enak-enak sahaja. Semoga ALlah mengizinkan saya meneruskan kembara ke tempat lain pula nanti.

Sunday, September 26, 2010

Dikau Isteriku

Hatiku ini semakin hari semakin runtuh,
lemas dalam lautan kasih.
Aku merasakan musim ini dihujani titis ketenangan,
semalam rasanya baru menerima awanan yang berarak,
tadi aku terjaga masih ada teman menggenggam tanganku.
Syukur Tuhan atas lautan rahmat kasih sayangMU.

Rupanya kita sudah hampir menerima cahaya mata.
Rupanya kita sudah akan menjadi bertiga.
Terima kasih sayangku, jua harapanku kau memaafkan.
Sungguh sering kau ungkap rasa kasih dari jiwamu.
Setiap itu juga aku berjeda,
bukan kerana tiada kasih ingin di balas,
tetapi sedang mengukur kasihku ini setebal mana.
namun, lidahku terus kelu untuk melafazkannya.

Aku telah belajar ungkapan kasih itu sunnah junjungan.
Benarlah faham itu belum pasti berakhir dengan amalan.
Isteri maafkan suamimu,
gagal aku melafazkan apa dibuku.
Mungkin kau boleh mengerti bahasa tubuhku.
Jangan sekali kau salah mengerti,
kerana itu akan melebur kasihmu,
sedang aku inginkan ia subur mekar dalam ladang hatimu.
Kerana ladang hatiku sedang berbunga dengan kasih sayangmu.

Oh Tuhan anehnya Kau ciptakan hati ini.
Oh Tuhanku Agungnya DiriMu menciptakan bagi lelaki sepertiku
seorang isteri sepertinya.
Ya Allah aku memohon dari keagunganMu Kau berkatilah kami
hidupkanlah kami dalam sunnah RasulMu dan matikanlah kami
sedang kami beriman denganMU.

Thursday, August 5, 2010

Puas hati leh main futsal lagi. walaupun...

Alhamdulillah hari ni tercapai juga impian nak main futsal ngan kawan kawan sekerja dan kawan kawan lama yang masih setia di sisi. Ayie Suhaib Azizan dan Fikri. Walaupun kami hanya menumpang adik adik siswa yang masih lincah dan cergas belum ada poshbag yang tak boleh buka. Kami gembira. Saya terutamanya.

Main bola dengan kawan kawan adalah kepuasan yang sukar dihuraikan walaupun main taklah setara mana. Tapi masa kutuk kutuk, masa cerita kita punya aksi yang tak berapa best pun, masa itulah kita perlukan kawan untuk memeriahkan suasana. Saya senang dengan kawan kawan saya. Walaupun saya tak pandai sangat main depa tak melekehkan dan tak pula menghalau saya. (berani laa halau, hehehe).

Alhamdulillah, Suhaib dah sibuk sekarang kena selia kerja wiring di sebuah masjid di Ibu Negara dan mengurus keluarga. Ayie juga begitu menjadi penyelia logistik ( nama ni saya kasi) di port klang bagi syarikat alami. Saya sudah tentu sibuk dengan aktiviti menyibuk saya. Di alam ini dan alam sekolah. Sesekali begini berkumpul dapatlah mengembalikan nostalgia dan juga merapatkan lagi jalinan yang ada.

Saya suka main bola, Saya juga sayang kawan-kawan saya. Kalau boleh saya nak kami semua masuk Syurga boleh main futsal kat sana, buat skill skill yang tak pernah terfikir di sini. Ya Allah tempatkanlah kami semua ke SyurgaMu yang sangat luas. Kalaulah kerana main futsal kami diredhai olehMu, mudahkanlah kami untuk bermain selalu.