sekarang aku sedang menguruskan kepulanganku ke pangkuan tanah aiir dan semestinya keluarga tersayang. Mak dan Ayah yang sejak sekian lama mendoakanku kini sedang menyemai rindu untuk menyambut kepulanganku. Aduh sungguh perit rasa ingin pulang kali ini menyesah sanubari.
Aku dalam dilemma kerana kali ini aku bakal pulang tanpa sebarang duit dalam poket bahkan mungkin berhutang pula. Aduh bukankah aku mahasiswa yang suka berdikari dan gah dengan hidup atas kaki sendiri? Tuhan tiada siapapun yang mampu bernafas tanpa inayahMu. Aku yakin aku bukan bermegah tapi inilah penyerahan hati ku pada Ilah yang selalu aku mohon bantuan dan harapan. Inilah haluan pilihanku hidup tanpa insuran habiskan apa yang perlu kemudian berinfaq semasa ada. Aku yakin Rab yang jadikan rezeki akan susun kepulanganku ke tanah air.
Aku pulang mungkin dengan sijil mungkin juga belum bersijil. Apapun sijil itu akan aku dapatkan kemudian. Insya Allah.
Kali ini aku dipilih ke Jordan tetapi aku masih belum mampu memutuskan kepastian akan hadir atau tidak kerana urusan masih di awangan. Aduh Sudan sungguh menguji kesabaran perantau. Ya rabb mudahkanlah.
Kali ini aku berurusan tanpa caci maki di pintu kaunter walaupun hati membara namun kedewasaan sedang menjalar naluriku dan melitupi keremajaan dan barannya. Rupanya begini lebih rehat dari biar api marah membakar jiwa. mengekang marah lebih merehatkan.
Aduh aku ingin sangat untuk pulang.
2 comments:
Mudah dipermudahkan urusan
insyaAllah cpt2 balik..
cpt2 bina masjid.
:D
Post a Comment