Saturday, May 24, 2008

makan ketam.

Tak silap aku sejak haji lepas last aku dapat makan ketam. Ketam memang susah nak dimakan tapi kalau org kata monyet tuh terer makan ketam aku nih lagi terer. sekilo ketam kejap jer aku hadap. gigi ini mmg tuhan ciptakan supaya aku senang makan ketam.

setelah balik dari meeting rumah semalam aku membuka freezer melihat lihat apa benda nak dimasak esok pagi. tiba tiba aku terpandang akan sejenis makhluk yang sudah lama tidak kusentuh kuusap besar besar. paling kecil besar pelempang aku. Aduh pahala apakah yang telah aku lakukan hari ini sehingga Allah merezekikan aku sedozen ketam.

aku berkira kira nak masak apa ketam itu. sekali member aku yg mmg jauh lagi terer masak dari aku yang dah sedia terer ni, mencadangkan agar aku masak lemak. hahahaha
masak lemak ketam bertemankan sambal ikan kerapu. aduh migrain aku makan tgh hari nanti.

akupun pergi membeli jarjir dan sedikit sebanyak barang dapur. Balik masak punya la semangat pukul 12 terpacak da siap hidangan tegah hari. dah siap tuh akupun mandi n ready nak solat.
dah lepas solat kantuk melekat di mata. aduh mak mana tak ngantuk semalam pukul pat duk klip pok klip pok lagi, pastu bangun masak sarapan pas subuh main bola lagi. pastuh balik beli barang terus masak.

dah pukul 4 aku bangun untuk mengisi perut malang tidak berbau sedozen ketam hanya tinggal beberapa kepit ketam jer. nasib baik laa kepit dia besar besar. sebelum apa apa aku pun melantaklah kepit ketam. Pastuh bancuh syai and hidang kuih yang beit dapat. hehehe senang kerja aku.

malam pulak aku ada jemputan farewell haji saman. oklah adios takkan nak citer semua. stock aa sikit untuk hari tua.

Wednesday, May 21, 2008

Kepulangan Kamau.




Kamarul Zaman merupakan seorang dari kawan yang aku kenal di Sudan. Pada level awal aku di Sudan kami sekadar kenal bukan kawan. Mungkin kerana senioriti masa itu masih menganggu keakraban di antara pelajar pelajar di Sudan.




Setelah beberapa tahun benteng yang memisahkan keakraban telah berjaya ditembusi. Kenangan bersama Kamau tidaklah sebanyak bersama sahabat sahabat lain. Namun dia antara yang kerap menjadi penyumbang idea dan juga pendukung pandangan pandangan aku. Dia seorang pelajar sains. Kami pernah pergi haji bersama. Jadi inilah kelebihan dia berbanding ratusan kawan kawan aku yang lain. Dia, Azam dan mokhtaruddin merupakan rombongan haji bersamaku pada tahun lepas.




sama sama menjadi tetamu Allah merupakan perjalanan yang tepu dengan nostalgia.




Malam sebelum Kamau berangkat kami<> telah berjaga sepanjang malam berbincang dan bersembang, sejak pukul sembilan malam sehingga subuh kami berbual mengenai bermacam macam perkara.




yang menarik kami berbahas mengenai apakah kesan kepada PAS jika Anwar jadi PM? persoalan ini menjadi isu utama. Kamau seorang yang senang menerima teguran dan profesional dalam semua perbincangan. Ini sesuatu yang sangat jelas pada pengamatan aku. Dia bakal meneruskan perjuangan ilmu dan mebela nasib bangsa dan agama di Malaysia.




:- Kamau semoga terus berjuang.

Saturday, May 17, 2008

नाक एक्साम तपी मलास.

हाहाहा दह तदर कर्जा सांगत ला निः..

Wednesday, May 14, 2008

Aku Merasa Hidup Kosong Tanpa Jasa.

Sudah lama aku merasakan diri ini kosong tanpa pengisian. Rasa seperti masa terbuang dengan tidur yang panjang.

Mungkin perasaan ini bakal menjadi noktah bermula kerja yang agresif. Aku mula risau prestasi ibadahku yang makin menjunam berbanding saat aku berada di DarusSalam. Apakah ini bahana kemewahan yang aku lalui di Blok yang dikongsi bersama abg abg PETRONAS.

Ah, selayaknya dimanapun aku, kewajipan aku tiada layak diabaikan. Mungkin keselesaan ini menolak aku dari keluar mencari panas dan terik Sudan. Aku sudah mua dimanjakan dengan pendingin hawa. Makan yang enak enak. Tidur dengan selimut tebal. sudah tiada sakit sakit.

Kini baru ku sedari rupanya nikmat itu juga Niqmat. Baru aku faham kenapa Muhammad Al Amin itu merelai pelepah tamar dari tilam yang empuk. Dunia ini penjara bagi mukmin. Salahkah aku merasai kesenangan?

tiada Salah itu pasti tetapi lebih layak hamba itu dengan rasa susah dan jerih. Aku tidak tenang mungkin kurang aku menenangkan insan lain. Aku tidak gembira mungkin tiada aku berjasa mencari bahagia untuk insan lain.

Ah, mungkin rasa hati ini muncul bagi mengganggu gerak kerja aku dalam membina diri! Hah karutlah. mana mungkin rasa tidak tenang ini melonjakkan rasa aku berdosa. masakan rasa ini dari syaitan. Tuhan bimbinglah aku kepada jasa dan budi.

Aku gagal memandu hati mencari iman bagaimana aku bisa memandu insan lain kepada Taqwa??????

Sunday, May 11, 2008

Rasa tidak puas hati itu tanda tiada syukur...

Aku sangat tidak berpuas hati dengan program anjuran bersama 3 persatuan. Bagaimana aku nak puas hati sedangkan aku tidak merasakan sebarang keghairahan dalam penganjurannya. Walaupun aku hanya orang no.2 tetapi aku sangat merasakan kekecewaan semasa program ini bersidang.

seolah olah program ini milik kami berdua tiada org lain merasakan ini program kita. Aku sangat menghormati boss aku yang dari indonesia itu dia lebih senang tersenyum dari merungut dan mengomel. Ah, kalau dia diam aku diam siapa nak tahu kerja banyak kena buat sama sama. Aku rasa cara pemikiran inilah membuatkan aku bertambah kalut.

Aku terlalu inginkan pelapis kerja kerja di Sudan sehingga aku lupa aku perlu melakukan yang terbaik untuk dicontohi. Ah kalau aku buat yang terbaik sampai bila akan hendak aku bereskan? aku akan meninggalkan juga anak anak buah aku ini. Mereka harus sedar dan harus faham bahawa berfikir untuk masa depan itu satu keperluan.

Aku sepatutnya bersabar. Mungkin kerana aku terlalu sayangkan persatuan aku ni sehingga risau tak menentu. Ermm Persatuan nih aku dah rasa macam hak aku plak. mungkin sebab lama sangat jadi VIP hehe. Ya Allah, Kau jagalah persatuan kami ini jangan kau uji dengan masalah yang kami tak sanggup hadapi.