Friday, November 28, 2008

rehlah yang pelik bin ajaib.

salam bebrapa pekan yang lalu hamba dan rakan2 pergi melihat matahari terbit di pinggiran nil. kami teruna dan dara beserta pasangan laki bini berkhemah di sana semalaman cuma. namun terasa bagai menetap berhari lama.

kami semua pergi memancing ikan dan bersantai sahaja. tetapi kedatangan polis menambah cerita ada yang pucat ada yang celupar bagaimapun yaakob menjadi wira, polis dihalau dengan selamba.

bertukar tetamu dalam bertamu pergi polis datang nenek kebayan yang hilang warasnya. nama tiada ditanya maka tiada dikenal jua. bagaimanapun kehadirannya mengundang jaga sehingga lelap gagal bersua. dari jam 2 sampai sahur masa nenek tua enggan menjauh.
setelah berbilang utusan dihantar berunding akhirnya dipersetujui unggun api perlu disedia barulah nenek minggir ke sana.

setelah fajar hampir menyinsing api diunggun padam ditiup bayu menyucuk sum sum nenek kebayan kembali bersama mencari haba dari manusia. sampailah subuh beralih kuasa nenek kebayan setia bersama. siapakah nenek masih ditanya usianya tua mukanya luka. namun duka tenggelam dalam tawa.

Tuesday, November 4, 2008

Aduhai....

semalam dia sms aku dia kata: awak pendengar yang setia, matang, brtolak ansur tegas dan... aku tak tahu apakah kata kata yang spatutnya ditafsirkan selepas titik hazaf itu.

tapi ayat ayat bginilah yang mngundang keinginan utk aku trus bersms dengannya mengenalinya membuat aku sibuk dngan dunia sms yang mmg prkara yang sukar aku lakukan sblum ini.

Dia slalu sahaja mncuit jiwaku untuk tersenyum. kawan kawan sudah mula menjling dan menggeleng mlihat aku dan hp ku. terima kasih tuhan mmberinya bagiku. terima kasih teknology mendekatkannya denganku. terima kasih ayah ibu mnerimanya untukku.

aduhai lamanya bulan may.

Sunday, November 2, 2008

open house..

open house merupakan agenda tetap persatuan setiap kali selepas syawal. kami akan mengundang semua rakyat malaysia yang menetap di Sudan. Tahun ini tetamu mencecah hampir 300 org walaupun undangan asal sekitar 400 orang.

menu yang agak simple. kurma kambing, ulam, ayam goreng, air asam dan sambal telur berteraskan nasi putih.

kambing 2 ekor plus 7 kg. ayam 30 ekor, telur 360 biji. banyak juga yang tak habis. maklumlah jemputan tak dipenuhi.

majlis bermula sekitar jam 430 ptg dibuka kepada masyarakat pelajar yang akrab dengan pelajar Malaysia dan jiran tetangga. jam 6 petang pula dibuka untuk masyarakat Malaysia di kalangan pekerja minyak dan emabassy. Tetamu berkunjung sehinggalah jam 10 malam.

best juga open house kali ini mungkin kerana semua pelajar melibatkan diri dari awal sampai habis. ada yang masak, yang kemas rumah, yang bernasyid, yang sambut tetamu dan yang macam-macam lagi.