Assalamualaikum, seminggu yang lalu saya agak sibuk belajar. Membaca berbincang dan cuba memahami berkenaan permasalahan riba dan bank Islam hari ini. Alhamdulillah saya mendapati sebuah kefahaman yang saya kira boleh saya pegang dan jadikan amalan dalam kehidupan dunia kewangan.
Pokok persoalan adalah sistem pinjaman kewangan yang wujud dalam produk-produk bank berjenama Islam. Sekiranya orang bertanya halalkah ia atau ianya riba maka jawapan yang ada ia adalah urusan riba pada asalnya dan cuba dihalalkan dalam transaksi murabahah untuk menghilangkan zat riba berdasarkan beberapa kaedah fiqh dan usul yang digunakan oleh ulama untuk mencari solusi bagi Ummah.
Ada satu pandangan yang saya rasa patut diterima oleh semua kita harus berhukum dengan hukum wara' barulah kita benar benar selamat dari masalah halal haram ini. Maka orang yang wara' akan mengatakan pinjaman bank Islam ini riba pintu belakang. Solusi yang mereka ambil mudah dan ringkas. Zuhud dan qona'ah.
Inilah kesimpulan study saya berkenaan Bank Islam dan Riba. Silalah beri tunjuk ajar kerana orang yang membolehkan adalah ulama, yang mengharamkan juga ulama. Saya cuma orang awam yang sedang belajar dan mencari pegangan yang meyakinkan.
No comments:
Post a Comment