Hatiku ini semakin hari semakin runtuh,
lemas dalam lautan kasih.
Aku merasakan musim ini dihujani titis ketenangan,
semalam rasanya baru menerima awanan yang berarak,
tadi aku terjaga masih ada teman menggenggam tanganku.
Syukur Tuhan atas lautan rahmat kasih sayangMU.
Rupanya kita sudah hampir menerima cahaya mata.
Rupanya kita sudah akan menjadi bertiga.
Terima kasih sayangku, jua harapanku kau memaafkan.
Sungguh sering kau ungkap rasa kasih dari jiwamu.
Setiap itu juga aku berjeda,
bukan kerana tiada kasih ingin di balas,
tetapi sedang mengukur kasihku ini setebal mana.
namun, lidahku terus kelu untuk melafazkannya.
Aku telah belajar ungkapan kasih itu sunnah junjungan.
Benarlah faham itu belum pasti berakhir dengan amalan.
Isteri maafkan suamimu,
gagal aku melafazkan apa dibuku.
Mungkin kau boleh mengerti bahasa tubuhku.
Jangan sekali kau salah mengerti,
kerana itu akan melebur kasihmu,
sedang aku inginkan ia subur mekar dalam ladang hatimu.
Kerana ladang hatiku sedang berbunga dengan kasih sayangmu.
Oh Tuhan anehnya Kau ciptakan hati ini.
Oh Tuhanku Agungnya DiriMu menciptakan bagi lelaki sepertiku
seorang isteri sepertinya.
Ya Allah aku memohon dari keagunganMu Kau berkatilah kami
hidupkanlah kami dalam sunnah RasulMu dan matikanlah kami
sedang kami beriman denganMU.
1 comment:
Makin jiwang Ustaz kita ni lepas berkahwin :) Alhamdulillah. Tahniah atas anak yang bakal lahir. Tumpang gembira (^__^)
Post a Comment