6 12 2010 lahirlah puteriku yang sulong jam 8 50 pagi. Bagaimanapun isteriku sudah masuk dalam wad bedah sejak 7;40 pagi lagi. Kerisauanku tamat setelah usai jam 11 pagi.
Keinginan melihat wajah anak kecilku dan debarannya terpaksa ku tahan sehinggalah jam 12 30 iaitu menanti dia siap diuruskan. birokrasi perubatan ini telah menghalang anak kecil itu diiqamahkan sebaik lahir ke dunia.dia terpaksa mendengar bunyi bunyi lain dahulu.
Aku menanti kelahirannya dalam tempoh ujian, kesibukan, kesakitan dan juga kepokaian. Apapun lahirnya ini pastilah rahmat yang sangat besar dari Allah. moga kesakitan ini satu kaffarah agar kami sama sama bersih untuk menerima kurniaan Allah.
Kulitnya merah kepalanya mirip aku jarinya kaki dan tangannya dia mmg bertubuh sepertiku, pada mula dilahirkan wajahnya mirip ibunya. kini sedang berubah rubah. Dialah cucu sulong ibu dan ayahku tetapi sebelah isteri dia yang ke tiga.
rupanya kegembiraan mendapat anak adalah kegembiraan yang sangat besar. lebih besar dari mendapat isteri. tak hairanlah anak sulong sangat dikasihi oleh ayah. Apalah perasaan ayah ayah yang anak sulong mereka biadap dan derhaka? Ya ALlah ampunkan dosaku , Semoga anak ini menjadi penyejuk mata dan hati. Semoga dia menjadi hamba Tuhan yang merdeka dari berhala zaman modern.
1 comment:
"anak sulung sangat dikasihi oleh ayah" . Sangat setuju! huhu tapi bukan mudah nak jadi anak sulung ni kerana memikul tanggungjawab yang lebih berat.
Mabruk ustaz atas kelahiran anak pertama. Semoga menjadi anak yang solehah dan penyejuk mata ayah bonda.
Post a Comment