Thursday, August 18, 2011

Ayahku...

Kalian masih ada ayah? Ya pasti ayah kalian istimewa. Tetapi keistimewaan ayahku ini berlainan mungkin. Aku ada ayah yang baik sebagai ayah, Ayahku selalu sakit masa aku masih kanak-kanak tetapi aku disekolahkan di sekolah agama sehingga seharipun aku tidak pernah mengenali suasana didikan sekular. Tetapi ayah lebih baik sebagai penas

ihat, walaupun nasihatnya tidak panjang macam ibu tapi kata-katanya cukup untuk aku jadikan perinsip hidup. bertambah-tambah baik sebagai pendengar, sebagai remaja aku tidak pernah melalui sesi kaunseling kerana ayahku inilah pendengar yang paling baik pernah aku miliki.


Kami juga rakan pena suatu masa kami saling berutus surat mencari kekuatan dalam surat-surat kami.Ayahku ini inspirasi mengasah bakat penulisanku. Walaupun ayahku ha

nya belajar di darjah enam tetapi buku bacaannya mengalahkan org PHD. Kemampuannya mengutip inti dari isi-isi itu pula sangat luas. Aku merasakan setiap suratnya tangkal semangat untuk aku terus menjadi diriku yang begini.

Kini kami ada hubungan lebih hebat. Kami adalah rakan kongsi medan dakwah.Cuma dakwahku adalah dakwah dengan lidah dan lebih umum. Manakala dakwah ayah dengan sikap dan peribadi dan lebih khusus. Ayahku berdakwah di kampung dan aku di jalanan. Selalu aku mengisi kekosongan yang disediakan ayahku untukku di kampung. Indah kiranya Allah terima amalan kami ini sebagai saham untuk kami ke Syurga. di sana kami akan menjadi jiran pula.


Monday, August 8, 2011

Bersederhana Dalam Ramadhan.

Alhamdulillah akhirnya Allah panjangkan juga usiaku untuk menempuhi ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini rumah sewa kami sedikit meriah dengan seorang baby yang berusia 8 bulan. Ya tak lain tak bukan Aliyah.

Namun beberapa hari awal sahaja abah sempat melayan kerenah Aliyah yang semakin melbihkan umminya dari abah. Mungkin kerana abah kerap berbuka di luar dan juga jarang bersamanya dengan jadual ramadhan yang agak padat dengan kerja terjemahan bagi Syeikh maher al Munajjid.

Alhamdulillah banyak ilmu dapat abah cedok dari "lautan ilmu'' yang Allah utus khas dari syria ini. Ramadhan kali ini abah dan Ummi Aliyah berbelanja dengan jimat dan cermat. Barang semakin mahal ekonomi keluarga juga kurang stabil dengan beberapa musibah kecil. Alhamdulillah Allah beri Abah Isteri yang sabar, yang sanggup berbuka dan bersahur dan berbuka dengan jaudah yang sama.

Walaupun tekak dah tak suka tapi kami tetap merasai bahagia dapat berbuka masih gembira macam orang lain berbuka. Kalau nak tengok di Somalia masya Allah besar nikmat kita sedang kecapi ini. Mudahan Allah permudahkan kehidupan seluruh umat Islam di dunia yang sedang bergolak. Alahmdulillah ada dermawan beri kurma yang sedap berkotak-kotak.

Janganlah dibayangkan kami sedang berbuka sambil menangis dan menghadap nasi berkuahkan air kosong. Kami masih makan makanan seimbang masih memikirkan makanan sunnah. Cuma kali ini makanan kami sekadar yang kami perlukan. selagi makanan kami tidak habis kami tidak akan menambah juadah baru.

Alhamdulillah mudahan suasana ini istiqamah sampailah kami mati dalam keadaan tidak israf.