Thursday, August 18, 2011

Ayahku...

Kalian masih ada ayah? Ya pasti ayah kalian istimewa. Tetapi keistimewaan ayahku ini berlainan mungkin. Aku ada ayah yang baik sebagai ayah, Ayahku selalu sakit masa aku masih kanak-kanak tetapi aku disekolahkan di sekolah agama sehingga seharipun aku tidak pernah mengenali suasana didikan sekular. Tetapi ayah lebih baik sebagai penas

ihat, walaupun nasihatnya tidak panjang macam ibu tapi kata-katanya cukup untuk aku jadikan perinsip hidup. bertambah-tambah baik sebagai pendengar, sebagai remaja aku tidak pernah melalui sesi kaunseling kerana ayahku inilah pendengar yang paling baik pernah aku miliki.


Kami juga rakan pena suatu masa kami saling berutus surat mencari kekuatan dalam surat-surat kami.Ayahku ini inspirasi mengasah bakat penulisanku. Walaupun ayahku ha

nya belajar di darjah enam tetapi buku bacaannya mengalahkan org PHD. Kemampuannya mengutip inti dari isi-isi itu pula sangat luas. Aku merasakan setiap suratnya tangkal semangat untuk aku terus menjadi diriku yang begini.

Kini kami ada hubungan lebih hebat. Kami adalah rakan kongsi medan dakwah.Cuma dakwahku adalah dakwah dengan lidah dan lebih umum. Manakala dakwah ayah dengan sikap dan peribadi dan lebih khusus. Ayahku berdakwah di kampung dan aku di jalanan. Selalu aku mengisi kekosongan yang disediakan ayahku untukku di kampung. Indah kiranya Allah terima amalan kami ini sebagai saham untuk kami ke Syurga. di sana kami akan menjadi jiran pula.


2 comments:

nur abadie said...

ayahku juga

Nurul Zahar said...

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia :) Selamat Hari Raya!