Wednesday, July 2, 2008

tidak boleh tidur datang lagi...

Aku tak tahu apa yang menganggu fikiranku. Namun kini aku sangat susah melelapkan mata. Bahkan lebih dahsyat aku sudah mula berat mengamalkan kebajikan.

Kepalaku sering memikirkan sesuatu tatkala belakangku minta diluruskan. Ah, ini bukan fenomena ganjil, sering sahaja aku hadapi dalam sesetengah period hidupku. Aku akan menjadi senget tatkala ada mainan dibenakku yang tak dapat dituntaskan.

Tuhan hidayahMu sering kupohon tetapi suruhanMu beratku pikul. Tuhan diri ini memerlukanMu lebih dari keperluan yang aku sedari. Al Fatihah sedang kudalami dalam mengerti erti keperluanku.

Pagi tadi aku tidur pukul lima pagi setelah subuh. Aku bangun pukul 10 untuk menolong sahabatku menyediakan sedikit sebanyak berkenaan Viva thesisnya. Aku puas dapat memberi dokongan moral seorang sahabat dan dapat melihat kegembiraannya. kami bersama sehingga jam 3 pagi. Dia sudah tertidur kepuasan dengan natijah mumtaz yang dicapai. Aku masih bercekang mata merenung masa depan pengajianku. Semoga kejayaannya akan membakar semangat bagiku. Mumtaz untuk MA sesuatu yang layak dibanggakan namun dia tetap dia. Cool/

No comments: