open house merupakan agenda tetap persatuan setiap kali selepas syawal. kami akan mengundang semua rakyat malaysia yang menetap di Sudan. Tahun ini tetamu mencecah hampir 300 org walaupun undangan asal sekitar 400 orang.
menu yang agak simple. kurma kambing, ulam, ayam goreng, air asam dan sambal telur berteraskan nasi putih.
kambing 2 ekor plus 7 kg. ayam 30 ekor, telur 360 biji. banyak juga yang tak habis. maklumlah jemputan tak dipenuhi.
majlis bermula sekitar jam 430 ptg dibuka kepada masyarakat pelajar yang akrab dengan pelajar Malaysia dan jiran tetangga. jam 6 petang pula dibuka untuk masyarakat Malaysia di kalangan pekerja minyak dan emabassy. Tetamu berkunjung sehinggalah jam 10 malam.
best juga open house kali ini mungkin kerana semua pelajar melibatkan diri dari awal sampai habis. ada yang masak, yang kemas rumah, yang bernasyid, yang sambut tetamu dan yang macam-macam lagi.
No comments:
Post a Comment