Saturday, May 2, 2009

Kolej yang bernama Keluarga

Seingat aku mula mula aku kenal sekolah semasa umurku 5 tahun ketika aku memasuki taski taman orkid. Tetapi sebenarnya sekolah kehidupan itulah yang sebenarnya kita lalui tanpa sedar dan faham sepenuhnya. Sebelum aku dimenengah sekolahkan di perlis aku sebenarnya telah disekolahkan dalam sekolah ekonomi dan masakan oleh ibubapaku di Taman Ria. Sebagai penjual cucur Udang. Aku belajar bagaimana menggoreng cucur Udang. Bagaimana mahu meletakkan udang di tengah-tengah cucur bagaimana mahu melekangkan cucur dari senduknya.

Setelah itu sekolah keluargaku dikembangkan dengan kelas roti canai subjeknya bertambah, dari membeli bahan, menguli tepung, membolakan tepung, menyapu margerin, menebar sehinggalah menggoreng dan membukus roti. Ini semua aku pelajari secara terpaksa dan terdesak. Setelah itu sekali lagi kolej keluarga mengembangkan fakultinya ke perniagaan yang lebih besar.

Kedai Runcit menyediakan beberapa subjek teori yang diajarkan oleh pensyarah kesayangan kolej kami Encik Osman Murad. Antaranya dalam kelas peket memeket dia selalu mengajarkan biar lebih sedikit kerana untung kurang lebih baik dari untung haram. Selain itu juga kami belajar mengenali banyak perkara. Mengenali barang-barang mengenali nilai barang dan mengenali kenapa kedai melayu tidak pergi jauh.

Setelah tumbuh supermarket bagai menggila di Malaysia Kelas kami beralih ke perniagaan perabot terpakai, di sana aku belajar mengenal kayu dan menilai barang. Selain menjual kami juga membeli barangan. Di sinilah aku belajar tawar menawar dan memujuk pelanggan agar mengambil sesuatu sebelum meninggalkan kedai kami. Aku bertambah guru di sini Antaranya Encik Faizul Abdullah, Encik Sallehuddin Shuib, Encik Mohammad Asri dan juga encik Ismail. Setelah hampir aku menguasai pembaik pulihan perabot kami menambah mata pelajaran Baju terpakai. Madah ini lebih menarik kerana pada mulanya aku kira ilmu ini tiada gunanya. Tetapi setelah bermasyarakat dengan dunia pakaian rupanya di sana ada bermacam pengetahuan yang baru.

Setelah umurku 19  Tahun aku meninggalkan Malaysia dan sekolah keluarga yang sangat aku cintai. Kini aku bersama sekolah lain yang mengajar aku banyak kemahiran-kemahiran baru. Sekolah yang bernama persatuan.

1 comment:

Nurul Zahar said...

sambungla lagi...x puas baca ~ngeee