Thursday, May 14, 2009

Ummi, Kau pergi jua...

Aku kira sudah 4 tahun kami tidak bersua. Lama kan? 4 tahun ini bukanlah akan berubah menjadi lebih singkat kerana hari ini perpisahan sebenar berlaku. Jika sebelum ini anak-anak Ummi pergi meninggalkan ummi tapi hari ini ummi pergi meninggalkan kita.

Ummi namapun seperti gelaran pada ibu. Ibuku menyayangi ummi dan merestui kami adik beradik menggelarnya Ummi. Aduh, Ummi rupanya kami sangat rapat denganmu. Dikau antara yang tersenarai dalam menerima panggilan international dariku. Kenapa ya Ummi? bagaimana kita boleh menjadi sangat dekat? Bagaimana bisa aku merasai lagi masakanmu yang paling digemari Ustaz. Dulu aku tak makan ikan masak asam pedas. Tapi untuk menjaga hatimu aku menyedari masakan itu sungguh sedap.

Ummi kau ajarku berbahasa dengan baik. Aku menjadi minat pada bahasa dan sastera juga kerana asuhanmu. Ummi sungguh sudah sepuluh tahun aku tidak mendengar letermu sehingga aku merinduinya. Aku teringat tika aku dan Ayie dilempang walaupun sakit, Ya sangat sakit. Tapi dalam sakit itu aku merasai manisnya rendang kasihmu. Ummi aku bangun mendoakan agar Allah sembuhkan penyakitmu di tengah malam. Tetapi aku tidak merasakan kerisauan seperti yang selalu berlaku bila orang hampir denganku sakit. Apakah umi benar benar telah sedia bertemu Rab? aku yakin tempatmu di Syurga. Kerana ramai anak didikmu menjadi pejuang agama.

Abang-abangku. Ya mereka mampu menambah kebaikan pada timbangan amal ummi. Mereka memang anak didik yang soleh. Ummi, pernah sekali engkau mengamuk. Mengusir orang yang menganiayakan kami dari sini. Sungguh di situ jelas garangmu tetapi aku merasa kau sungguh sayangkan kami. Ummi selamat jalan. Ummi Selamatlah kau di Sana. Ya Allah sesungguhnya kasih sayangMu melebihi segalanya. Kau Ampunkan ummi kami dan kasihilah dia sepertimana dia mengasihi kami semuanya.

Kita jumpa lagi ya Ummi.

1 comment:

Unknown said...

takziah umar. semoga ummi dicucuri rahmat. dan semoga rahmat itu melimpah juga pada kita. amin.