Aku mulakan dengan kata KASIH. Kasih ini adakalanya nikmat, kadang-kadang amanah, sesekali jadi beban dan boleh pula jadi peluang. Inilah Hikmah Ilahi yang selalu kita lupa. Kita kadangkala rasa kitalah paling kasihkan seseorang itu bahkan lebih dahsyat kita merasakan kita lebih kasihkan dia berganda dari dia kasihkan kita dengan hanya kerana kita menzahirkan rasa kasih itu lebih banyak dari dia. Ini satu ketidak adilan. Cuba kita lihat kita selalu sebut dalam doa kita sujud dan solat kita kata-kata cinta, setia, rayu dan harap dicintai Tuhan. Apakah itu menunjukkan kita lebih kasihkan Tuhan dari Tuhan kasihkan kita? Pastinya tidak masakan kasih sayang kita melampaui kasih sayang Tuhan yang maha luas itu? Tuhan mengasihi kita dengan berbagai cara. Bahkan Nabi makhluk yang paling Tuhan kasih dikenakan penyakit, pernah diuji dengan sihir dan banyak lagi ujian lain. Tetapi untuk diganjari dengan lebih lagi.
Begitu juga kita perlu menerima hakikat Hikmah Ilahi ini dalam kasih sayang sesama makhluk. Jangan kerana kita lebih kerap membeli hadiah kepada orang yang kita kasihi kita merasakan kita lebih mengasihinya. Kita perlu sedar bahawa jika terlintas itu di hati kita, kita sudah bersangka buruk padanya. Kita sudah gugur dari selemah-lemah ukhuwah iaitu berlapang dada dengan saudaranya. Inilah Hikmah Ilahi dalam mengangkat ibadah hati lebih tinggi dari Ibadah lain. Hati ini rahsia dan sesuatu yang berada dalam rahsia pasti lebih berharga sekalipun ukurannya lebih kecil.
Kedua mari saya mulakan dengan sakit. Kita selalu melihat sakit dengan pandangan dunia. Sakit kita balut kalimah itu dengan segala sifat kekurangan sedangkan di sana mungkin Allah lindungkan kasihNya atau Dia jadikan pintu untuk kasih hamba-hambaNya. Agar kita lihat siapa yang kasihkan kita keranaNya atau siapa yang kasihkan kita kerana kita. Sakit juga mungkin diutuskan sebagai guru atau penasihat agar kita kembali kepada Allah dalam ubudiah dan kehidupan kita. Sakit bukan sahaja bala ia juga nikmat dan rahmat. Ini tanda Allah itu maha Hikmah tapi kita yang jahil ini selalu menyalah ertikannya kerana lemahnya Iman di dalam hati kerana hati kita tidak terkandung rahsia-rahsia kita dengan Tuhan.
Sebelum saya tutup topik ini mari kita lihat Hikmah Ilahi dalam aspek kegagalan atau kesulitan. Kita selalu salahkan takdir atas apa yang menimpa kita. Kadang-kadang kita salahkan pihak ketiga. Kita perlu sedar Allah mahukan kepada kita kesenangan dan bukan kesusahan. Tetapi kita melihat serong kepada penyusunan Allah. Bila kita ditimpa kesusahan kita melatah menyalahkan Pencipta yang Maha Penyayang sedangkan di sebalik itu Allah mahu kita belajar sesuatu atau beroleh sesuatu. Kesusahan itu menjadikan kita bermuhasabah kenapa Allah menyekat jalan kita. Sehinggalah kita dapat merawatnya dan mudah-mudahan kita menjumpai keredhaan Allah sebelum Allah mudahkan kita. Jadi dengan keimanan sahajalah kita dapat melihat Hikmah Ilahi bukan dengan kanta lain. Berhentilah kita menyalahkan pihak kedua iaitu Pencipta atau pihak ketiga iaitu makhluk lain tetapi periksalah diri kita kerana inilah ciri seorang yang beriman bahawa Allah sentiasa bersifat Rahmah dan Alam ini diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Jangan jadi seperti anak nakal yang didenda agar sedar kesalahannya dan berubah lantas memarahi gurunya dan memberontak sehingga masa hadapannya dirosakkan oleh dirinya sendiri.
Selamat menjadi Mukmin wahai diri! Hikmah Ilahi ada dalam muhasabah diri.
4 comments:
salam..impressive...spot on *--*...muhasabah utk dr sndr gak...rs mcm terpukul dr sndr...troskn usehe anda utk berblogging...sekian dimaklum..erm nk walimah nnt jgn lupe jemput...
hahahahahaha...sy blk msia bln 2 ke 3..so buat le walimah lps 2..huhuhu
"Agar kita lihat siapa yang kasihkan kita keranaNya atau siapa yang kasihkan kita kerana kita"
Majoriti kasihkan kita kerana kita. dan at one stage, mereka xmenganggap sakit itu sbg satu kelebihan, sbliknye sbg penghalang >.<
mengasihi, mencintai.
disakiti, diuji.
dalam kesakitan, ada kasihan,
dalam kecintaan, ada ujian.
apa lagi yang mengukur rasa?
selain mengikut atau melanggar panduan-Nya?
wallahualam.
Andai manusia ada banyak masa untuk menghitung nikmat Allah SWT, tentu dirinya kesuntukan masa untuk mengeluh.
Andai manusia meyakini bahawa kehidupan ini hanya seketika, tentu dirinya mememui kemanisan dalam ujian.
Andai manusia yakin bahawa pertemuan denganNya itu pasti tentu dirinya bahagia ketika berdepan dengan segala kesulitan.
Post a Comment