Hari ini tak boleh tidur pagi... pukul 4.40 dah bangun. Tak tahu apa kes. Apapun semalam memang puas bershopping sampai kering. Tak sedar duit mengalir mmg sayang juga duit tu tapi lagi sayang nak lepaskan peluang berbelanja di sini. Barang tidaklah terlalu mahal dan tidak pula terlalu murah cuma banyak barang barang yang diminati dan rasanya sukar ditemui di tempat lain.
Alhamdulillah dapat bertandang di Rumah Ali dan makan Tengah hari di sana. Sedap Balqis masak nama masakan tak tahu, tahu tahu sudah habis semangkuk nasi tambah. Siapakah yang bersalah kalian rasa akukah atau Alikah? Alhamdulillah juga melihat Ali sekeluarga sehat dan damai.
Bertandang ke rumah Ali menjemput rasa damai bagai di rumah sendiri. Keakraban zaman sekolah tak pernah dingin terus sahaja bernyala walau sekian lama dibungkus kejauhan. Ali masih yang sama walau ada bertambah di sana sini namun jiwanya tetap Ali yang dulu.
Kemudian kami menghala ke Babul Yaman. Kota tua, 3000 tahun lebih umurnya digelar San'a Qadim aku kagum dengan bangsa negara ini jati dirinya menebal bahasa Inggeris tidak sibuk didengarkan, Pakaian barat tidak wajib diperaga hizam dan kerambit setia di pinggang daun qat mengembung di pipi. Walaupun Qat itu meloyakan dan bukan amalan terpuji tetapi ia bukti pada jati diri.
Keramahan orang sini sukar untuk dikalahkan dengan pujuk rayu ketika membeli. Semalam saya mencari cari gaya orang bersenjata rupanya di san'a sudah tidak bebas bersenjata. mujur jumpa qat di mulut mereka. jika tidak kempunanlah saya melihat gaya sebenar lelaki Yaman. Wanitanya tidak mudah ditatap wajah bertutup kecuali mata yang bersinar. Bercampur aduk bukan budaya mereka. Baik dalam van yang sempit ia dijaga.
Yaman hari ke 2 sedang ku lalui. salam.
No comments:
Post a Comment