Yaman memang memuaskan sebuah negara unik yang mesti diziarahi oleh kaki jalan. Budaya yang kaya kraftangan yang halus janbia Yaman, madu Yaman, Aked Yaman, Rumah San'a semuanya mengagumkan. Subhanallah yang mencipta tempat seperti Yaman.
Hari kedua sebelah siangnya dihabiskan di University Iman Yaman. Berjumpa dengan pelajar Iman sungguh menenangkan. Mereka bermukim di madrasah keimanan mereka berukhuwwah di jalan Ilmu semoga semua pelajar Yaman akan rukun walaupun masih kedengaran bunyi bunyi perselisihan di harap PERMAYA menyelesaikannya dengan hikmah.
Yaman yang aku ziarahi Yaman yang damai. Walau cerita perang yang berkumandang. Orangnya mudah menyapa suka membantu.
Malamnya kami merayau di suq Tahrir Aku, Khalida, Ali dan Balqis menemani Mus'ab sicomel menawan pekan tahrir. Alhamdulillah puas kami membeli belah.
Kali ini aku bermalam di rumah Ali, masak sama-sama makan sama-sama kemudian sembang hingga larut malam. Sehingga plan untuk mengikuti pengajian tafsir pada pagi itu tergendala. melepas satu peluang best di Jamiah Iman.
Hari ketiga kami bertolak ke Hotel dan mengemas barang2, siap jam 4 bertolak ke Lapangan Terbang Sana'a. Barangan kami melebihi Had sebanyak 13 kilo tetapi dilepaskan sahaja oleh pemudahcara Yemenia.Alhamdulillah sempat jamak sebelum bergerak ke kapal Terbang.
Kami menaiki Airbus dan tempat duduk saya bersebelahan dengan seorang rakyat Amerika yang berwajah baik namanya Michael bekerja di Airport Yaman. Perjalanan dimeriahkan oleh ramai warga Indonesia.Apatah lagi selepas berhenti di Dubai mengambil penumpang. Memang hingar suasana dalam perut kapal. Bermacam ragam Sehingga penumpang Arab terkedu tanpa bicara. Perjalanan ke Dubai mengambil masa 2 jam manakala dari Dubai ke Kuala Lumpur sekitar 6 jam 10 minit.
Alhamdulillah sampai di KL dengan selamat jam 11 pagi kesemua 7 bagasi selamat dituntut semula. Alhamdulillah. Perjalanan yang penat tetapi bermakna. Sampai jumpa lagi wassalam.
No comments:
Post a Comment