Dahulu aku bebas melangkah pergi ke mana-mana. Kini kakiku diruntun tanggungjawab ke kelas kelas yang diamanahkan.
Dulu aku cuba apa sahaja untuk meluaskan kefahamanku terhadap apa yang aku pelajar, kini aku perlu bertungkus lumus melalui berbagai cara untuk menjadikan pelajarku faham apa yang inginku ajarkan.
Dulu aku pantas menziarahi kawan-kawan bagi mengeratkan persahabatan, kini aku perlukan persahabatan untuk membentuk gagasan pendidik agar selari mengeratkan ilmu dan pelajar.
Dulu aku kembara yang puas, Kini aku Guru yang menanti kepuasan.
1 comment:
Selamat kembali ke Malaysia, Selamat Pengantin Baru, Selamat bergelar pendidik dan guru. Selamat Maju Jaya :)
Post a Comment