hari ini genap seminggu anak abah melihat dunia. Ujian masih bersama dengan kita. Pun begitu Anak Abah sudah ada nama. Aliyah merupakan sifat bagi jasad anak abah di mata Abah Khadijah pula suluk contoh yang abah idamkan menghiasi kehidupan Aliyah.
Mulanya abah mahukan Arkha Khadijah tetapi seakan canggung kata Arkha itu mahu dijadikan nama. Dan terlalu tinggi pekerti yang anaknda perlu capai. bukanlah tiada percaya abah pada kemampuan anaknda tapi biar;ah seimbang ada nyawa dan jasad pada nama itu seperti iman itu ruh amal itu jasadnya. Ruh dan Jasad bukanlah bagai suami dan Isteri ia ibarat 2 dalam 1 kadang kadang memang tiada terpisah langsung.
Maka telah putuslah Aliyah Khadijah oleh abah dan ummi. Tetapi tadi masa melawat abah dikhabarkan kuning Aliyah naik ke 15.5 kita cuba pula ubat homeopathy semalam ummi cakap Aliyah tak mau langsung diam di bawah cahaya biru.
Ummi pun dah mula rasa pedih pedih di perut kerana tak dapat baring abah dah belikan ummi pati haruan mudah-mudahan Allah sembuhkan kalian. Abah hanya mampu berdoa kerana ALlah jualah penyembuh.
1 comment:
Salah ustaz, indahnya nama baby. Mana gambarnya? Ustaz bila nak update aiman23.fotopages.com tu? boleh letak gambar2 baby.
Post a Comment