Thursday, April 3, 2008

kegilaan stefanos..


The Mad Stefanos...
Dari nama saja korang patut dah boleh agak mamat nih bukan org melayu. Dari nama juga korang patut dah boleh teka dia ni org asal dari mana. Erm, tapi pokcik tahu korang tak cukup ilmu nak meneka neki nih. Dia ni seorang manusia pencinta alam kacukan Greece n German bagi pokcik tak kacuk dah tuh. Sama ja bangsanya. org putih dua dua. Tapi bagi dia lain. Dia kata mak dia org Yunan, Arab mmg panggil greek tuh sebagai yunan. Ayah dia plak German. korang faham ke nih?
Apalah yang menariknya mamat nih? muka taklah hensem mana kalau nak dibandingkan dgn pokcik jauh laa pokcik lebih hensem. Erm.. nak kata menteri kompom bukan. habis apa yang best? haa sabaq laa nih yang nak cerita ni..
Dia ni seorang pengembara dan juga pencinta alam. susah nak jumpa org melayu berfikiran macam ni. Tapi mengikut cerita dia ramai je org german mengembara dan ramai juga org greece mencintai alam dan tak minat kemajuan. betul ke? entah laa dia yang kata.
ermm.. tak hebat pon? sabar laa baru nak citer nih. Dia ni sebenarnya pakcik jumpa di negeri Utara sudan. tempat tuh nama dia dongola. masa pakcik jumpa dia pakai seluar pendek ngan t shirt merah tu laa. Dari tulisan kat t shirt tuh pak cik dah agak dia ni dah pernah berada di ethopia. Ok , bila dah tgk dia ni cem kera sumbang timbullah rasa kesian pak cik nak menyapa dia. Apa lagi pokcik yang mmg tere bahasa inggeris ni mulalah menunjukkan kepakaran pokcik yang dah lama pokcik pendam. hey, good evening. dia pon oo u can speak english.. tuh baru kata good evening tak cakap bon sour lagi.. haa. ermm korang tahu ker>>?
so selepas borak sikit sebanyak tahulah pokcik dia org gila. heheh. bukan gila yang kena rawat kat wad jiwa. dia ni gila yang boleh dibiar. dia naik basikal dari ethopia. ada kaa kerja tgh musim panas ni naik basikal. Dah 8 minggu dia berjemur kat padang pasir. masa pokcik jumpa muka dia dah macam udang kena panggang, merah.
dia pon jadilah kawan pokcik n sorang kawan pokcik nih. sebab dia sorang sorang dan tak reti plak nak cakap arab. dia tahu laa sepatah dua kata. huh kalau dah mat saleh tuh dia mmg tak heran dia tau dia nak jalan dia jalan ja. Ok lepas jumpa, jumpa, pastuh jumpa lagi. sampailah dia bercerita pasal perjalanan dia.
Part ni menarik sikit. Dia asalnya dari ethopia bertiga. tapi bila dah 300 km lebih depa berbasikal dari khartoum kawan dia nih kena langgar ngan bas express. kawan dia ni dari German derang dua beradik. so yang kena langgar nih tadi tak mati. tapi patah tangan. oleh kerana dah kena langgar dengan bas derang mmg gembira laa sebab patah tangan jer tak mati. So dia nih pon dikejarkan ke hospital. nasib depa ni mmg baek sangat sebab kebetulan sepital tu tgh buat kursus dengan seorang pakar tulang dari jerman. inilah yang pokcik selalu cerita kat anak murid pokcik Allah nak susun pertemuan antara manusia ni macam macam cara. so depa nih bertambahlaa gembira yer laa korang bukan tak tahu dr german nih mmg terkenal pasal pakar tulang. kalau tak encik anwar ibrahim taklah nak pi berubat tulang belakang dia kat german.
so sebab dah exciden depa dua yang german tadi balik ke khartoum dan terus fly ke german balik. tinggallah mamat serabai nih seorang diri. ermm dia tak berputus asa. kan dia ni gila. hehe
so dalam perjalanan dia ni berjumpa macam macam kampung. heheh sampai ada masa dia terpaksa sembahyang subuh ngan org sudan, dia ni bukan Islam lagi. dia bermazhab kristian ortodoks. agama kristian ni pon ada mazhab dia. dan dia kata banyak kali dia diberi tidur dalam masjid. dia kagum dengan sifat cakna org sudan kepada tetamu. cakna tuh amik berat laa. apa da..
dia berulang kali kata depa nih baik sangat. pastuh dia meneruskan perjalanan sampailah ke satu tempat nama dia merowi. merowi nih tempat projek buat empangan. sebelum ada projek ni kat sini ada satu air terjun. org putih paggil waterfall @ cataract. so dia pon habiskan bekalan air dia, sebab dia bajet dia nak akan jumpa air jernih, dan dia mmg perlu minum air banyak sebab kena tolak basikal atas padang pasir sebelum sampai ke sungai nil. dalam kira kira si stefanos ni sejam dia tolak sampailah dia ke sungai Nil. korang pernah tak tgk cerita sahara>? ha habis melupas bibir kadang kadang siap melecup lagi. kalau tak cukup air di padang pasir. mamat ni pulun tolak basikal dia sampailah ke tempat yang peta dia tunjuk ada sungai nil. Korang tahukan sungai nil nih sungai no 2 terpanjang di dunia.
so dia mmg seronok sangat bila bayangkan dia boleh berenang dan berendam dalam air sungai yang sejuk lagi nyaman dalam beberapa ketika lagi. tiba tiba. dia jumpa sungai nil tuh dah kering. setitik air pon tak ada. cuba korang bayangkan. pokcik apa lagi bantai gelak laa haa padan muka nak sangat merentas padang pasir. dia terus merasa kering macam disedut seluruh badan dia. dia tengok utara kering selatan pon kering timur dan barat mmg bukan laluan sungai dah. dia kini tinggal satu saja usaha iaitu memujuk semangat dia. dia kata . Stefanos U know u will never die in this desert. bila dah matahari semakin membahang dia mencari teduh. sampailah dua jumpa serumpun rumput untuk membayang kepalanya. dia berehat dalam kepanasan. peluh merata merata tubuh. huhu ala ala nak mampus. sampailah dia pengsan.
Nasib menyebelahi dia ada seorg pencari kayu api dengan keldai kesayangannya melintas. lalu memberi dia minum. dan membawa dia ke tempat teduh seorang pengembala kambing, pengembala kambing ni bangun dan bagi dia tidur di katilnya. sehingga dia dah stabil dia bertanya mana pi sungai nil tu? derang yang selamatkan dia cakap ada org german ubah laluan sungai nil ni ke 15 km di depan untuk buat empangan. Dia menepuk dahi. kenapa laa derang ubah sungai tempat dia nak berhenti ambil air. dia amik keputusan ntuk pergi jumpa mamat mamat engeneer empangan german tuh. setelah berjumpa dia pon marah derang korang ni nak bunuh aku ke? derang tanya kenapa plak nak bunuh dia kenal pon tak. dia pon cerita apa yang berlaku. depa kata yg ko pegi naik basikla kat tgh tgh padang pasir tuh wat apa. bagi dia kesalahan depa lagi besar derang ubah laluan sungai yang paling panjang di africa. pokcik pon tatau sapa lagi pelik.
oklah lenguh dah menaip. ada lagi sikit nanti akcik sambung.

No comments: