Wednesday, April 16, 2008

sambungan stefanos greek.


salam semua...


ha! sabar la, ni nak cerita la ni.


stefanos ni senarnya seorang yang peramah dan positif dgn org. aku memang suka menilai manusia bukan untuk apa saja memang aku suka mengenali kategori manusia. eh, nak cerita pasal sapa nih? pasal Muabo the Malay ke stefanos budak greek tuh? ok ok.


stefanos ni senarnya berbasikal dari addis Ababa. korang tahu ke kat mana tuh? haa addis ababa ni satu tempat di ethiopia. dia mula berbasikal dari mata air sungai nil. tasik tanaka kot. ok kali ni stefanos bercerita macam mana beza orang etophia layan dia banding ngan org Sudan.


dia bercerita sambil meneguk susu yang aku beli. huh kena paw. ade ke minum susu aku. isk isk. dalam keadaan selamba menjilat titis susu di bibirnya dia pon berkata. kat sana beza org dia nampak ja org asing dia nak duit. ha tuh mmg masalah. dia kata etiophia nih zon berbukit bukau. selalunya orang dia akan mengembala kambing di tepi tepi jalan, yer laa kalau tengah jalan cemana orang nak lalu. kambing jerlaa. dia kata asal nampak jer kambing dia ngan kawan kawan dia akan bersedia untuk memecut kerana setiap kali melalui kawasan ini mereka akan dikejar oleh sekumpulan kanak kanak sambil mengejek dan meminta duit dari mereka. depa tak faham cakap etophia tapi dari segi muka tuh mmg dah boleh bajet bebudak tuh sedang memaki maki mereka tader nak puji nyerlah. kini stefanos mencucuh rokok. kawan aku cakap kalau org isap rokok bercerita mmg kena merokok. nak cari ilham kot. mentang mentang aku lom sampai etopia.


dia kata : kalau org ethiophia tuh nampak dia satu KM lagi derang dah mula kejar dia kata kadang kadang derang nih kejar sampai 1 jam. tak eranlah depa nih asyik konker bila acara marathon olympic. kalau jumpa turun bukit stefanos ngan kawan kawan dia akan ambil peluang untuk melepaskan diri. "Afranji br.. afranji br... br.. brr.. afranji afranji... br br..." dia kata inilah yang dia dapat ingat bila mereka mengejar dia. afranji tuh gelaran mereka bagi org barat. br tuh plak matawang mereka. huhu, nak tergelak bila dia kata aku rasa macam kena kepung dengan sekumpulan gorila.. bila ramai ramai duk bising sambil kejar dan dia plak terpaksa memekakkan telinga sambil kayuh basikal laju laju.


tuh satu masalah, satu lagi dia kata mereka ni suka baling batu. asal ada masalah jer diorang baling batu. asal baling batu jer nak selesaikan masalah. bila anak dia gaduh dia baling batu. bila kambing dia degil dia baling batu. sampailah bila sampai kawasan yang dia rasa dah tak kenal duit. haa pakcik ni dia lari daripada mana tatau sampai jer dekat dia baling batu. apalagi depa nih celapak laa kayuh basikal laju laju, sekali pakcik ni kejar, sampai depan dia nampak satu lagi kain kuning dengan kayu macam terbang ke arah derang rupanya tuh laa pakaian etopian ni.. huhu dia kata nampak macam org jahat dalam cerita sihir. huhu bila da dekat derang akan baling batu.. hampir 3 jam depa nih kejar dia ngan kawan kawan dia.


korang cuba bayangkan, dia laa kata. aku tak kenal dia dia tak kenal aku tiba tiba derang kejar aku macam aku dah bergaduh dengan dia berpuluh puluh tahun. pening aku pk kenapa aku kena kejar nih? tak leh naik basikal ker? ke tuh cara derang nak bersalam.


huhu aku tanya dia ko kena berapa ketul batu? dia kata tak sempat kira lepas stop dia buka baju berbelas belas birat kat belakang dia kena ketul batu. huhu. bahaya gila.. korang janganlaa naik basikal kat etopia.


aku tengok dia dah buat harta dah susu aku tuh. aku lek je. kemudian dia kata sampai kat sudan dia lega. tapi masuk jer emegresen nak cop pasport tiba tiba ader kambing jer dalam ofis tuh. hahaha. kemudian dia keluar semula tengok signboard. dia pk logik ke sudan lantik kambing jer jadi dia nye pegawai emegresen. sekali ada laki pakai baju polis datang kat depa tanya nak apa? dia kata nak masuk sudan laa.


polis tuh masuk opis yang penuh kambing tadi halau kambing kambing tuh keluar pastuh jemput derang masuk dengan bilik yang penuh tahi kambing dia cop passport derang 3 orang pastuh dia ajak derang minum teh. derang pon berasa gembira kerana sudah tamat episod kejar mengejar. So nak banding etopia ngan sudan sangatlah baik org org sudan nih.


hahahaha. amiklah iktibar kalau ada.


2 comments:

~albazrah~ said...

lucu nya cerita ni. Hihihi..

umaq_eiman said...

kisah benar..