baru baru nih aku ada buat satu sajak/puisi send ke grup tempat aku dapat komen dan kritikan.
best laa grup nih. kalau sedap derang puji kalau hampes derang taruk cukup cukup tapi berlapik laa. org sasterakan halus bahasanya.
huhu. sekali aku cemana pon tatau boleh pi send karya yang kualiti cem tahi. tahi nih adalah sejenis najis. korang tahu bahan kumuh. takkan tak tahu tahi tuh apa.
aku senarnya geram ngan diri aku ni. takleh nak feel betul betul untuk jadi seorang penulis yang baik. aku tetap nak deny yang manusia kena buat satu kerja ja. bukan berpuluh kerja. manusia yang sempurna ja yang boleh buat mcm tuh. manusia yang perfect yang kuat emosi, mental dan fizikal dah tuh tak kira lagi Iq dan lain-lain.
hah korang baca wat per ni kan masalah aku? huh korang jgn laa nak sebuk. masalah ni berkusut dalam kepala aku ja. takkan nak ganggu korangnyer.
seutas benang, kalau ditarik panjang panjang kemudian dikumpul kemudian ditarik semula kemudian dikumpul lagi kemudian ditarik lagi mmg tak boleh nak rungkai dengan mudah. so jgn kumpul2 lepas jer ,,, let it go.. life must go on.
kalau ko rasa karya ko milik ngko apa orang kecoh lantak org laa. tapi kalau ko rasa karya ko milik org apa org kecoh lantak engko laa.
jgn pk sendiri. tanya pandangan org lain.. pk laa leklok.
No comments:
Post a Comment