salam bebrapa pekan yang lalu hamba dan rakan2 pergi melihat matahari terbit di pinggiran nil. kami teruna dan dara beserta pasangan laki bini berkhemah di sana semalaman cuma. namun terasa bagai menetap berhari lama.
kami semua pergi memancing ikan dan bersantai sahaja. tetapi kedatangan polis menambah cerita ada yang pucat ada yang celupar bagaimapun yaakob menjadi wira, polis dihalau dengan selamba.
bertukar tetamu dalam bertamu pergi polis datang nenek kebayan yang hilang warasnya. nama tiada ditanya maka tiada dikenal jua. bagaimanapun kehadirannya mengundang jaga sehingga lelap gagal bersua. dari jam 2 sampai sahur masa nenek tua enggan menjauh.
setelah berbilang utusan dihantar berunding akhirnya dipersetujui unggun api perlu disedia barulah nenek minggir ke sana.
setelah fajar hampir menyinsing api diunggun padam ditiup bayu menyucuk sum sum nenek kebayan kembali bersama mencari haba dari manusia. sampailah subuh beralih kuasa nenek kebayan setia bersama. siapakah nenek masih ditanya usianya tua mukanya luka. namun duka tenggelam dalam tawa.
1 comment:
yaacob hero of the day hehe
Post a Comment