semalam atau disebut juga pagi tadi jam 1.10 am. saya membawa isteri mendaftar di Hospital serdang. Alhamdulillah kami diterima masuk dalam keadaan air ketuban isteri saya sudah pecah.
Pukul 4 pagi Isteri saya keluar menemui saya menyatakan pintu rahim sudah terbuka 3 cm. Pukul 945 kami masuk labour room. Sedikit debaran kerana dr beresedia untuk menjalankan pembedahan sekiranya kelahiran biasa gagal dilakukan pada 12 jam hingga 15 jam menunggu.
Setelah 4 jam menanti Isteri saya mula mengeluh tidak tahan menanggung sakit. Kadang kadang sampai terlelap. selepas 15 minit kesakitannya tak tertahan sehingga dia mahu melahirkan. Nurse membuat pemeriksaan sebelum pemeriksaan doktor yang akan dijadualkan 15 minit lagi. Alhamdulillah Nurse sudah mampu melihat kepala baby.
Dr datang sekadar memastikan dan bersedia untuk melahirkan. Isteri saya kuat dalam lemah dan lemah dalam kuat. Kami hanya bertungkus lumus menjadi pasukan sorak. Mereka menuruti slogan saya. Bismillahi Allahu akbar. ditukar dari satu, dua push... Alhamdulillah setelah hampir 15 kali proses pushing kepala bayi tersembul keluar . Rambut hitam dan kulit kebiruan kerana terbelit tali pusat.
Alhamdulillah melihat bayi, tenaga yang kelam dari isteri saya kembali menyinar. Bayi dipeluk rebond katanya. matanya sudah meliar memerhati saya mengiqamahkannya. mata hitam yang besar. Anak keduaku anugerah ilahi. Siapalah yang akan mendidik anak ini andai Allah enggan memberinya hidayah. Pastilah Allah akan menjadikan dia generasi yang baik kerana lahirnya dia dipenuhi kalimah zikir.
Aliyah kini bergelar kakak. adiknya masih menanti nama kedua. untuk diganding dengan nama utama. Apakah aiesyah ataukah faatimah.
No comments:
Post a Comment