Sunday, May 11, 2008

Rasa tidak puas hati itu tanda tiada syukur...

Aku sangat tidak berpuas hati dengan program anjuran bersama 3 persatuan. Bagaimana aku nak puas hati sedangkan aku tidak merasakan sebarang keghairahan dalam penganjurannya. Walaupun aku hanya orang no.2 tetapi aku sangat merasakan kekecewaan semasa program ini bersidang.

seolah olah program ini milik kami berdua tiada org lain merasakan ini program kita. Aku sangat menghormati boss aku yang dari indonesia itu dia lebih senang tersenyum dari merungut dan mengomel. Ah, kalau dia diam aku diam siapa nak tahu kerja banyak kena buat sama sama. Aku rasa cara pemikiran inilah membuatkan aku bertambah kalut.

Aku terlalu inginkan pelapis kerja kerja di Sudan sehingga aku lupa aku perlu melakukan yang terbaik untuk dicontohi. Ah kalau aku buat yang terbaik sampai bila akan hendak aku bereskan? aku akan meninggalkan juga anak anak buah aku ini. Mereka harus sedar dan harus faham bahawa berfikir untuk masa depan itu satu keperluan.

Aku sepatutnya bersabar. Mungkin kerana aku terlalu sayangkan persatuan aku ni sehingga risau tak menentu. Ermm Persatuan nih aku dah rasa macam hak aku plak. mungkin sebab lama sangat jadi VIP hehe. Ya Allah, Kau jagalah persatuan kami ini jangan kau uji dengan masalah yang kami tak sanggup hadapi.

1 comment:

Nurul Zahar said...

ketua yang baik memang sentiasa buat yang terbaik, mnjg hal ehwal anak2 buah, dan memantapkan fikiran dan sahsiah diri mereka. masa depan persatuan tu bukan terletak pada kita, tapi pada generasi akan dtg. Walaupun kita dah lakukan yg terbaik tapi jika generasi kemudian hari wat sambil lewa, habis punah usaha org2 terdahulu.