Sudah lama aku merasakan diri ini kosong tanpa pengisian. Rasa seperti masa terbuang dengan tidur yang panjang.
Mungkin perasaan ini bakal menjadi noktah bermula kerja yang agresif. Aku mula risau prestasi ibadahku yang makin menjunam berbanding saat aku berada di DarusSalam. Apakah ini bahana kemewahan yang aku lalui di Blok yang dikongsi bersama abg abg PETRONAS.
Ah, selayaknya dimanapun aku, kewajipan aku tiada layak diabaikan. Mungkin keselesaan ini menolak aku dari keluar mencari panas dan terik Sudan. Aku sudah mua dimanjakan dengan pendingin hawa. Makan yang enak enak. Tidur dengan selimut tebal. sudah tiada sakit sakit.
Kini baru ku sedari rupanya nikmat itu juga Niqmat. Baru aku faham kenapa Muhammad Al Amin itu merelai pelepah tamar dari tilam yang empuk. Dunia ini penjara bagi mukmin. Salahkah aku merasai kesenangan?
tiada Salah itu pasti tetapi lebih layak hamba itu dengan rasa susah dan jerih. Aku tidak tenang mungkin kurang aku menenangkan insan lain. Aku tidak gembira mungkin tiada aku berjasa mencari bahagia untuk insan lain.
Ah, mungkin rasa hati ini muncul bagi mengganggu gerak kerja aku dalam membina diri! Hah karutlah. mana mungkin rasa tidak tenang ini melonjakkan rasa aku berdosa. masakan rasa ini dari syaitan. Tuhan bimbinglah aku kepada jasa dan budi.
Aku gagal memandu hati mencari iman bagaimana aku bisa memandu insan lain kepada Taqwa??????
1 comment:
Smg hidupmu sentiasa diberkati...
Post a Comment