Kamarul Zaman merupakan seorang dari kawan yang aku kenal di Sudan. Pada level awal aku di Sudan kami sekadar kenal bukan kawan. Mungkin kerana senioriti masa itu masih menganggu keakraban di antara pelajar pelajar di Sudan.
Setelah beberapa tahun benteng yang memisahkan keakraban telah berjaya ditembusi. Kenangan bersama Kamau tidaklah sebanyak bersama sahabat sahabat lain. Namun dia antara yang kerap menjadi penyumbang idea dan juga pendukung pandangan pandangan aku. Dia seorang pelajar sains. Kami pernah pergi haji bersama. Jadi inilah kelebihan dia berbanding ratusan kawan kawan aku yang lain. Dia, Azam dan mokhtaruddin merupakan rombongan haji bersamaku pada tahun lepas.
sama sama menjadi tetamu Allah merupakan perjalanan yang tepu dengan nostalgia.
Malam sebelum Kamau berangkat kami<> telah berjaga sepanjang malam berbincang dan bersembang, sejak pukul sembilan malam sehingga subuh kami berbual mengenai bermacam macam perkara.
yang menarik kami berbahas mengenai apakah kesan kepada PAS jika Anwar jadi PM? persoalan ini menjadi isu utama. Kamau seorang yang senang menerima teguran dan profesional dalam semua perbincangan. Ini sesuatu yang sangat jelas pada pengamatan aku. Dia bakal meneruskan perjuangan ilmu dan mebela nasib bangsa dan agama di Malaysia.
:- Kamau semoga terus berjuang.
1 comment:
X tahu pun abg man dah balik...kurang seorang pelajar kita kat sana...
Post a Comment